Header Ads

ads header

Flash News

ADUN Guar Chempedak MB Kedah Yang Baharu?



KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Menteri Pendidikan manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Datuk Dr. Ab. Rahman Ku Ismail menggantinya sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu?

Begitulah desas desus terbaharu yang mula bertiup kencang sejak pagi ini menerusi aplikasi Whatsapp pemimpin politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed pula satu-satunya pemimpin UMNO yang lompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) disebut mengambilalih Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang disandang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Namun, tidak pula disebut Mohamed Azmin akan dipindahkan ke kementerian mana.

Manakala khabar angin yang menyatakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar bakal dilantik sebagai Menteri Pendidikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak lagi menjadi bualan.

Begitu juga Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah yang sebelum ini disebut sebagai pengganti Mukhriz di Kedah pula dikekalkan di kementerian asalnya.

Desas desus nama pemimpin ini timbul selepas beberapa jam Maszlee mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan pada petang Khamis lalu.

Berikutan itu, timbul pelbagai teka teki dan khabar angin mengenai siapa yang layak menerajui Kementerian Pendidikan, walaupun Perdana Menteri masih berdiam diri sehingga hari ini.

Dalam pada itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui namanya tidak disebut akan mengisi kekosongan satu kerusi Kabinet.

Beliau sebaliknya menyerahkan susunan baharu itu kepada Perdana Menteri yang dijangka mengumumkan rombakan kabinetnya dalam tempoh terdekat ini. – MalaysiaGazette



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan