Header Ads

ads header

Flash News

Dr Maszlee korban peralihan kuasa untuk bawa masuk seseorang


Kurang 24 jam, Dr Maszlee Malik meletakkan jawatannya sebagai menteri pendidikan, bertali arus spekulasi khususnya dari Umno yang mendakwa peletakan jawatan itu adalah sebagai ‘muslihat’ untuk membawa masuk seseorang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi membuat spekulasi tindakan berkenaan ada kaitan dengan peralihan kuasa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammad kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim yang sepatutnya dilaksanakan tahun ini.

“Justeru Maszlee dikorbankan untuk membawa masuk seseorang. Ia adalah game plan peralihan kuasa. Pastinya dia bukan Anwar Ibrahim,” kata bekas menteri Umno itu melalui satu hantaran di Facebook.

Dr Puad juga menolak bahawa Maszlee dipecat kerana prestasi buruk.

“Kalau alasan prestasi sudah tentu beberapa lagi Menteri PPBM kena letak jawatan kerana kajian Malaysiakini mendedahkannya.

“Antaranya, Syed Sadiq (Ketua Armada), Rina Harun (Ketua Serikandi), RedzuanYusof (Pengerusi Bersatu Melaka), Muhyiddin Yassin (Presiden) bahkan Mahathir sendiri,” katanya,

Menurutnya, semua pemimpin yang disebutkan mempunyai jawatan dalam parti sedangkan bekas menteri pelajaran itu tidak berjawatan tinggi dalam Bersatu.



Semalam, Dr Maszlee mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media khas di Putrajaya dengan berkata keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan Dr Mahathir, yang beliau sifatkan sebagai seorang ayahanda.

Selain Dr Puad, turut membuat spekulasi yang hampir sama adalah Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa yang mendakwa ahli parlimen Simpang Renggam itu menjadi mangsa percaturan walaupun walaupun prestasinya bukan yang terburuk di kalangan anggota kabinet.

Ahli politik veteran itu juga mendakwa bahawa menteri pendidikan seterusnya adalah seseorang yang paling berpengaruh.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. mari coba keberuntungannya bersama kami hanya dengan
    deposit minimal 20.000 bisa menangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apalagi, segera bergabung bersama kami di IONQQ".COM

    BalasPadam