Header Ads

ads header

Flash News

Drama dalam mahkamah PH... nak kena "impeachment"


Setelah selesai perbincangan peguam2 kami dengan Hakim dalam kamarnya, kami diberitahu permohonan kebenaran untuk dilakukan Semakan Kehakiman terhadap tawaran kompaun SPRM telah ditangguhkan kpd satu tarikh lain, kami pun beredar keluar untuk mengikuti perbicaraan DS Najib.

Di pintu masuk mahkamah itu, pengawal berkata hanya tiga orang daripada kumpulan kami bolih masuk ke dalam. Ingatkan mahkamah itu sudah penuh dan padat. Rupa2 nya, banyak lagi tempat duduk. Macam taktik pentadbiran mahkamah supaya sengaja mengurangkan kehadiran penyokong2 DS Najib.

Tak pe lah. Itu taktik pihak mereka.

Dalam mahkamah, kelihatan Peguam Negara Tommy Thomas duduk di barisan kedua di sebelah pendakwaan. Ingatkan Tommy Thomas akan berada di barisan hadapan untuk dakwa DS Najib kaw-kaw. Tapi, hari ini, di serahkan tugas itu kepada seorang peguam kontrak.

Peguam kontrak lantikan Peguam Negara PH sedang berhujah supaya kenyataan DS Najib kepada SPRM dinyahkan kesahihannya atau di "impeach"kan. Pelik juga saya fikirkan. Bukankah kenyataan OKT (orang kena tuduh) kepada SPRM bukan pun kenyataan bersumpah. Sebaliknya, berbagai bukti baru akan dinyatakan dalam perbicaraan dan ianya tidak mungkin diketahui olih seorang OKT semasa dirakamkan kenyataan olih pihak penyiasat.

Nampak benar macam mana pihak pendakwa mencuba berbagai helah untuk mengenakan OKT. Satu taktik peguam je. Kalau tugas pegawai2 mahkamah (officers of the court) adalah untuk mencari kebenaran dan bukan setakat nak guna hujah2 teknikal untuk memerangkap OKT, sedangkan perbezaan seperti itu bolih dijelaskan.

Tapi, nak menang cara membesar-besarkan perbezaan yang tidak substantif, agaknya ianya lebih mudah dari mengemukakan bukti2 yang sahih terhadap kesalahan OKT. Jadi kenalah gunakan taktik ini.

Peguam DS Najib pun berhujah minta Hakim menolak percubaan pendakwa untuk "impeach" kenyataan DS Najib kepada SPRM. Proses nak nyahkan kesahihan kenyataan DS Najib akan memanjangkan lagi proses perbicaraan, kata peguam DS Najib. Sedangkan perbezaan itu sudah dijelaskan kerana ada bukti yang terbit dari perbicaraan yang tidak diketahui olih DS Najib semasa dibuat kenyataan kepada SPRM.

Saya rasa pelik dengan taktik pendakwaraya kerana semua kenyataan yang dibuat dalam mahkamah adalah kenyataan bersumpah. Tentunya lagi kuat kesahihannya berbanding dgn kenyataan kpd pihak penyiasat. Tapi itu semua taktik peguam dalam mahkamah.

Akhirnya, Hakim tangguhkan perbicaraan sebelum membuat keputusan setelah mendengar hujah2 dari kedua-dua belah pihak - pendakwa dan pembela.

DS Najib dan kami pun beredar ke kantin Bangunan Mahkamah. Ada yang dah beli nasi lemak Tanglin untuk hidangan kami. Nes Tarik juga ada.

DS Najib mengatakan kepada saya: "Bukan Trump sahaja nak di "impeach" kan tapi saya juga mereka sedang cuba." Saya tersenyum kerana perbezaannya cukup besar. Trump dikenakan "impeachment" olih ahli2 Kongres Amerika Syarikat atas sebab salahguna kuasa utk nak menang pilihanraya tapi DS Najib berdepan dgn taktik pendakwaraya atas soal perbezaan kecil dan tidak sebesar mana pun.

Itulah drama dalam mahkamah yang saya dapat saksikan.

Akhirnya, saya baca berita yang Hakim telah bersetuju dengan peguam2 DS Najib dan menolak tuntutan pendakwaraya supaya dinyah kesahihan atau "impeach" keterangan DS Najib kepada SPRM.

Satu kemenangan untuk proses keadilan negara kita! Peguam Negara PH tak perlu bimbang kalau pendakwaannya betul2 berasaskan kpd fakta dan bukti. Tak payah nak harapkan kemenangan dengan taktik perundangan.

TOK UBAN




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan