Header Ads

ads header

Flash News

Kargo minyak sawit bertapis terhalang di pelabuhan India susulan sekatan import


MUMBAI: Beribu-ribu tan minyak sawit bertapis tertangguh atau tersekat di pelabuhan di India selepas pengimport terbesar minyak makan dunia itu mengenakan sekatan ke atas import berikutan ketegangan diplomatik dengan Malaysia, kata beberapa sumber kepada Reuters.

India mengumumkan sekatan ke atas import minyak sawit bertapis pada 8 Jan dalam usaha membantu penapis domestik meningkatkan kadar utilisasi mereka, menurut pegawai industri yang maklum mengenai perkara itu.

Setiap tahun, India lazimnya bergantung penuh kepada import bagi kesemua bekalan minyak sayuran yang digunakan dalam semua keperluannya, daripada sabun kepada biskut.

Bagaimanapun Malaysia, pengeluar dan pengeksport minyak sawit kedua terbesar dunia, secara terbuka mempersoal langkah New Delhi itu, hatta pada saat India menambah pesanan dari Indonesia, menurut data Refinitiv.

India merupakan pasaran terbesar sejak 5 tahun lepas, dan ketegangan semasa menyebabkan penanda aras pasaran depan minyak sawit Malaysia jatuh paling rendah minggu ini dalam tempoh 11 tahun .

“Lebih 30,000 tan tersekat di beberapa pelabuhan di India. Semua vesel ini diisi sebelum kerajaan mengehadkan import minyak sawit bertapi,” katan peniaga minyak sayuran yang berpangkalan di Mumbai, yng enggan dikenali kerana polis syarikat.

“Biasanya pegawai kastam membenarkan komoditi dalam transit dipunggah sebelum berlakunya apa-apa perubahan peraturan. Tetapi dalam kes minyak sawit bertapis wujud kekeliruan yang menyebabkan penangguhan.”

Harga minyak sawit Malaysia mengalami kejatuhan mingguan paling besar dalam 10 tahun berikutan masalah perdagangan dengan India.

Sumber di New Delhi yang mengetahui perkara itu secara langsung berkata, sekatan itu bermakna pengimport perlukan lesen untuk membeli, yang merupakan alat sama ada untuk membenarkan atau melarang penghantaran dari Malaysia.

Pengimport minyak sayuran lain berkata, sebilangan vesel tersekat di pelabuhan Kolkata di timur India, bersama-sama beberapa yang lain di pantai barat negara itu.

Dalam satu kejadian di pelabuhan Mangalore di pantai barat minyak sawit mentah dipunggah dari vesel, sementara minyak sawit bertapis tidak dibenarkan didaratkan, kata pengimport tersebut yang juga enggan dikenali.

Reuters tidak dapat mengesahkan vesel pembawa kargo manakah yang tersekat di Kolkata dan Mangalore, atau siapakah pembelinya.

Satu sumber di Kuala Lumpur yang enggan dikenali berkata, minyak sawit bertapis terbabit berasal dari Indonesia dan juga Malaysia.

Pegawai di pelabuhan Kolkata dan Mangalore tidak dapat dihubungi untuk komen.

Sime Darby Plantations, peladang kelapa sawit terbesar dunia dari segi saiz tanah berkata, minyak sawit bertapisnya tidak tersekat di pelabuhan di India.

Syarikat tersebut yang beroperasi di Malaysia dan juga Indonesia, mengeksport lebih 436,000 tan minyak sawit bertapis ke India tahun lepas.

Presiden Persatuan Pengeluar Minyak Sayuran India Sudhakar Desai berkata, kargo minyak sawit bertapis yang tiba sebelum sekatan dilaksanakan telah dilepaskan, tetapi selepas itu tiada yang dilepaskan.

“Kami fikir tiada lesen dikeluarkan kepada mana-mana negara pengeluar,” katanya.

Jurucakap Kementerian Perdagangan India tidak menjawab e-mel meminta penjelasan.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan