Header Ads

ads header

Flash News

Penutupan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS)


1. Sebaik sahaja penutupan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS), ada cubaan pihak tertentu yang melemparkan fitnah kononnya berlaku skandal ketika pentadbiran kerajaan terdahulu.

2. Tidak cukup membina persepsi jahat dengan mencipta istilah 'Mini 1MDB', pihak berkenaan melemparkan tuduhan serius mengaitkan diri saya dengan dakwaan skandal yang tidak berasas sama sekali.

3. Tuduhan ini adalah fitnah yang sangat serius, berniat jahat dan sengaja direka oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan politik tertentu.

4. Saya mengalu-alukan sebarang laporan audit tentang kedudukan MAPS sejak 2013 hinggalah 2019. Setiap akaun tertakluk kepada pengawasan Jawatankuasa Audit dan Firma Audit bertauliah.

5. Seperti yang semua sedia maklum MAPS dimiliki oleh syarikat senaraian awam (public listed company) yang mana semua keputusannya berada dan dibuat di peringkat pengurusannya. Ia tertakluk kepada syarat penyenaraian serta patuh kepada semua tatacara serta piawaian termasuk tertakluk kepada kawal selia Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti dan garis panduan Corporate Governance yang ditetapkan. Dan Saya bukanlah Pengerusi atau Ahli Lembaga kepada syarikat ini.

6. Saya tetap konsisten sejak dahulu lagi bahawa sekiranya berlaku penyelewengan yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka tindakan hendaklah diambil selaras dengan peruntukan undang-undang.

7. Malangnya, adalah amat mendukacitakan apabila ia dijadikan perkakas politik untuk tujuan dan matlamat meruntuhkan maruah dan keaiban oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

8.Saya akan mendapatkan nasihat dan pandangan perundangan dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap cubaan untuk berbohong, memfitnah dan merosakkan nama saya oleh individu dan pihak tertentu.

DATO’ SERI DIRAJA DR ZAMBRY ABD. KADIR
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
Adun Pangkor

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: