Header Ads

ads header

Flash News

Pesawah Di Bawah PH, Terhimpit, Bendang ‘Dijarah Bangsa Asing’


TERIK matahari yang memanaskan keluasan tanah sawah dan memancarkan cahaya ke alam ini tidak sebagaimana hakikat kehidupan dilalui para petani sawah.

Malah, kedatangan tahun baharu 2020 langsung tidak membawa erti buat mereka, sebaliknya dipenuhi pula keluh kesan atas nasib menimpa. Sepanjang November dan Disember lalu, mereka sepatutnya sudah menabur benih ke petak-petak sawah bagi memulakan penanaman musim baharu.

Malangnya, rutin kerja para pesawah terencat oleh masalah benih padi yang sepatutnya disediakan Jabatan Pertanian sebanyak 70,000 tan setahun, selain 6,000 tan lagi bagi kemungkinan bencana alam.




Namun, benih musim ini dikatakan hanya tersedia sebanyak 50,000 tan sahaja dan lebih mengejutkan kuota tersebut telah habis diagihkan. Sedangkan majoriti pesawah terutama di Utara Semenanjung mengadu tidak menerimanya. Apabila perkara tersebut disuarakan, mereka dimaklumkan benih padi berkenaan telah dihantar ke Langkawi.

Hal ini menimbulkan pertikaian kerana padi dihasilkan di Langkawi sepatutnya varieti lain, lalu terbongkar pelbagai dakwaan antaranya benih padi telah diterima oleh pihak tidak sepatutnya. Ia telah mula menjadi polemik yang dialami oleh kebanyakan pesawah terutama di Utara, namun pihak Menteri Pertanian terutamanya seperti tidak mengendahkannya.

Mewakili suara tersebut, pesawah dari Kampung Alor Madi, Kuala Kedah, Md Zamri Din, 54, menceritakan situasi yang sedang berlaku. Katanya, pesawah patut mula menabur pada Oktober lalu, tetapi benih tidak sampai, sedangkan air sudah mula mengairi petak-petak sawah sebagaimana dijadualkan. Hal tersebut menurutnya, bererti benih subsidi tidak sampai kepada para petani.

Akibatnya dan demi melangsungkan penghasilan padi untuk mengeluarkan beras sebagai ruji makanan rakyat negara ini, para pesawah terpaksa membeli sendiri. Jika selama ini benih padi subsidi hanya berharga RM30 bagi 20 kilogram, tetapi pesawah terpaksa membeli dengan harga sehingga RM48. Bahkan, ada varieti mencecah kepada RM80 tanpa subsidi.

“Pemberian benih subsidi selama ini melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) kerana PPK tahu jumlah petani dan keperluannya. Tetapi sekarang wujud ‘broker’ yang mungkin mengatasi peranan di Kementerian.

“Jadi benih padi ini ‘dibawa lari’, dijual untuk keuntungan wang. Sedangkan petani amat memerlukan. Benih yang mai (datang) pun ada masalah kualiti. Jadi musim ini kos kami meningkat, bendang nak kena buat juga,” keluhnya.

Perincinya, pesawah menghadapi kos sehingga RM1,200 antaranya RM80 upah, RM100 benih, RM500 sewaan bendang, RM200 racun rumput ulat, RM120 mesin menuai, RM30 kos lori; semua bagi satu tan penghasilan. Tetapi perolehan wang, hanya RM1,600; satu jumlah pendapatan yang sangat menyesakkan kehidupan pesawah.

Itu tidak termasuk diuji dengan penyakit yang menyerang padi, menyebabkan para pesawah dan keluarga mereka terus berada dalam putaran kemiskinan, selain berhutang di sana sini.

“Jadi kami ini para petani sawah mintalah dari kerajaan, tolong bagi subsidi (benih padi) ini melalui PPK yang cukup ikut kuota seperti sebelum ini. Mai zaman PH ini yang jadi lagu (seperti) ini, dulu (masa BN) tak jadi.

“Subsidi mesti melalui PPK. Surat ‘order’ pun kena ikut PPK,” ujarnya menegaskan bahawa melalui cara ini sahaja menjadi penyelesaian terhadap masalah dihadapi para petani sawah.

Bidasnya, memang menjadi satu kehairanan apabila benih subsidi padi itu ‘hilang’, tetapi terdapat pula jualan di kedai tertentu di mana mengecewakan banyak petani adalah dimiliki oleh bukan Bumiputera. Tempelaknya, kejadian tersebut sudah tentu kerana wujudnya ‘tangan-tangan ghaib’ dan Kementerian Pertanian mesti menyiasat, menjelaskan dan mengambil tanggungjawab. Tegas beliau, kepentingan petani dalam mengeluarkan keperluan negara sewajarnya dipermudahkan, selain bertujuan mencapai sasaran diperlukan negara. Beliau menyifatkan tanah sawah kini sedang ‘dijarah’ dan dikuasai bangsa asing atas penyelewengan yang berlaku untuk pihak tertentu meraih keuntungan diri. – HARAKAHDAILY 8/1/2020




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Bodoh punye menteri ph
    Lgi babngang pengundi yg mengundi ph
    Ha tepok
    Hadap

    BalasPadam
  2. Nama:Teddy Liza
    status perkawinan: janda
    jumlah pinjaman:3.6 miliar rupiah
    tempat tinggal saya:. Palangkaraya
    email ku:::teddyliza2020@gmail.com
    kesaksian yang memotivasi saya whatsapp :;l+ 6281617538564
    tujuan pinjaman saya :Investasi / hutang

    Halo semuanya, sekarang dari (bahasa Indonesia [baˈha.sa in.doˈne.sja])/Malay, . Saya seorang janda dengan dua anak dan sejak Februari 2019 karena kebakaran dalam bisnis yang membanjiri bisnis saya dan saya mencoba mencari pinjaman dari bank saya, bank mengatakan dengan saya memiliki kredit buruk sehingga saya mencobanya dengan pemberi pinjaman lain di mana saya bodoh. Tetapi seperti yang Tuhan kehendaki, saya membaca kesaksian AASIMAHA ADILA AHMED LOAN FIRM di majalah bisnis, yang membantu bisnis dan individu dengan pinjaman besar. Saya mengajukan permohonan dan saya telah menerima pinjaman 3,6 miliar rupee dengan tingkat bunga sangat rendah 1% dan rencana pembayaran yang lebih baik. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberi tahu Anda bahwa ada banyak scammer di sini. Ambil permintaan peminjam untuk biaya asuransi, Peminjam tidak memiliki sertifikat bisnis, Peminjam palsu tidak peduli dengan gaji bulanan Anda yang membuat Anda memenuhi syarat untuk mendapat pinjaman, peminjam Palsu tidak memiliki alamat kantor fisik. Peminjam palsu meminta biaya pendaftaran dan biaya pajak, peminjam Palsu tidak memiliki situs web. Jika Anda mencari pinjaman, selalu minta pemberi pinjaman untuk situs webnya, karena banyak pemberi pinjaman palsu tidak memiliki alamat dan situs web. Jika Anda menginginkan pinjaman yang sah,Sukses hanya datang bagi mereka yang percaya pada diri mereka sendiri dan siap untuk menang. Saya tidak mengharapkan apa pun selain yang terbaik untuk Anda. Beralih ke tahap baru dalam hidup bisa menjadi proses yang menantang. Semoga Anda beruntung dalam semua upaya masa depan Anda, Anda akan menjadi hebat. ajukan sekarang.

    Aasimaha adila ahmed kontak pusat aplikasi pinjaman
    E-mail**aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    Whatsapp *********^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^+ 447723553516

    BalasPadam