Header Ads

ads header

Flash News

PH air punya hal... Ilya, Ropie dakwa dilarang buat persembahan di Shah Alam


PELAWAK Ilya Buang mendakwa dihalang daripada membuat rakaman program Sepah Reunion Live yang sepatutnya berlangsung di Royal Teater, Shah Alam pada malam Jumaat lalu.

Ilya atau lebih dikenali sebagai Pak Ya berkata, insiden itu dipercayai berpunca daripada sindiran dalam persembahannya pada malam final Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) bersama kumpulan Rare sebelum ini.

"Ya, betul saya disekat daripada beraksi oleh orang-orang tertentu di Shah Alam.

"Ia mungkin berkaitan dengan Maharaja Lawak Mega yang saya buat masa final hari tu kerana mereka sendiri (pihak berkenaan) yang maklumkan kepada Astro.

"Memang ada sikit sindiran, cuma ia dibuat untuk tujuan melawak saja. Tak sangka pula mereka ambil serius," ujarnya kepada mStar pada Sabtu.

Dengan situasi itu ia berkemungkinan pelawak berkenaan juga dilarang untuk membuat persembahan di mana-mana agensi lain milik kerajaan negeri dalam parlimen berkenaan.



Antara babak persembahan kumpulan RARE pada malam final MLM 2019 yang lalu.

Pada malam final Maharaja Lawak Mega 2019 lalu, kumpulan Rare yang dianggotai oleh Ajak, Ropie dan Ilya muncul dengan lawak sindiran apabila melakonkan babak komedi di mana Ropie menggunakan penapis air kononnya untuk menapis kadar neutral dan kadar kandungan pH (air).

Ilya kemudian bertanya jika pH air itu okay, bagaimanapun Ropie memberi jawapan 'teruk'.

PH dalam pengertian politik merujuk kepada Pakatan Harapan.

Mengulas lanjut Pak Ya berkata, perkara itu tidak seharusnya dijadikan isu kerana kandungan persembahan kumpulannya pada malam final lalu mendapat kelulusan pihak bertanggungjawab.

"Mereka perlu faham sebelum membuat persembahan, setiap peserta wajib mempersembahkan pengisian mereka kepada pihak produksi dan produksi akan semak pula dengan pihak-pihak lain yang akan memberikan kelulusan.

Memang ada sikit sindiran, cuma ia dibuat untuk tujuan melawak saja. Tak sangka pula mereka ambil serius.

"Jadi kami dimaklumkan content kami tiada masalah... masa live malam itu pun semuanya lepas.

"Pihak MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) sendiri pun tiada apa-apa masalah," katanya.

Dalam pada itu, Pak Ya menjelaskan bukan hanya dia yang dihalang daripada membuat persembahan di Shah Alam malah pelawak Ropie juga turut terkena tempias sama.

"Sebenarnya kalau mereka juga ada persembahan di Shah Alam, semuanya akan kena (banned), termasuklah Ropie. Dia juga sepatutnya ada persembahan dengan Datuk Awie untuk konsert Romantika... tapi dia pun kena.



Kumpulan Rare dianggotai oleh Ajak (kiri), Ropie (tengah) dan Ilya (kanan).

"Bukan saya seorang saja... tapi satu kumpulan. Ajak pula kerjanya semua di luar Shah Alam... sebab tu dia tiada masalah.

"Apa yang saya boleh katakan setakat ini saya tak lepas untuk apa-apa rakaman termasuk Sepahtu Al-Puasa dan pihak produksi mengambil keputusan membatalkan recording itu esok sebab saya tak ada.

"Apa-apa pun saya berterima kasih dan memohon maaf kepada pihak Astro kalau saya penyebab masalah ini sehingga ia mengganggu pihak produksi. InsyaAllah minggu depan saya harap perkara ini boleh selesai," ujarnya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Hek leh.. Gurau pun xleh PH. Dulu tibai BN kata slalu gam-gam. Ni hg lagi trok,artis pun nk gam. BN dlu ada ustaz2 yg dia gam. Artis xd.

    PH ni ustaz dia gam, artis pun dia gam juga. Ni blm 60 tahun memerintah lagi ni. Ntah2 suma ustaz & artis kne jadi kaki bodek br blh masuk TV pa?

    BalasPadam