Header Ads

ads header

Flash News

Wanita ini kongsi pengalaman, mahu orang ramai berhenti menggunakan rokok elektronik


Seorang remaja wanita dari Maryland, Amerika Syarikat baru-baru ini berkongsi sekeping gambarnya yang sedang terlantar di katil hospital hanya disebabkan oleh penggunaan rokok elektronik.

Wanita berkenaan, Claire menulis di laman sosialnya bahawa walaupun kemungkinan selepas ini nyawanya berjaya diselamatkan, namun katanya, keadaan paru-parunya tetap akan rosak selamanya.



@clairechunggg/Instagram

Semuanya bermula apabila Claire terkena demam panas dengan suhu yang tinggi selama tiga minggu berturut-turut. Pada mulanya, Claire menganggap bahawa dia hanya terkena demam biasa, tetapi ubat yang diambil langsung tidak memberi kesan.

Oleh kerana keadaan kesihatannya yang semakin memburuk, Claire membuat keputusan untuk pergi ke bahagian kecemasan hospital pada pagi Krismas yang lalu, tetapi malangnya, doktor tidak berjaya menemui punca kesakitannya. Namun, selepas melakukan imbasan sinar x pada paru-parunya, doktor serta-merta menahan Claire di Unit Rawatan Rapi.

Bagaimanapun, selepas melakukan pelbagai jenis ujian untuk mencari punca kesakitannya, para doktor masih lagi menemui jalan buntu, sehinggalah akhirnya Claire terfikir bahawa dia mungkin menerima kesan rokok elektronik.

@clairechunggg/Instagram

Berikutan itu, Claire sekali lagi memuat naik gambar yang menunjukkan imbasan sinar x pada paru-parunya yang kelihatan berkabus. Menerusi gambar imbasan paru-paru berkenaan, dapat dilihat bahawa kedua-dua belah paru-parunya kelihatan seperti berkabus, yang mana sepatutnya organ paru-paru yang sihat akan kelihatan jelas dalam imbasan.

Claire menulis bahawa mungkin kiriman itu adalah kirimannya yang terakhir, dan mengatakan bahawa sebelum dia mengambil rokok elektronik, dia tidak pernah mengalami batuk, sakit dada dan kesukaran untuk bernafas.

Claire juga sempat menasihatkan kepada orang ramai untuk tidak menggunakan rokok elektronik dan jika ada yang sudah mengambilnya, berhentilah sebelum semuanya terlambat.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan