Abang Jo bakal adakan sidang media khas esok
KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan mengadakan satu sidang media khas pada esok bertempat di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada jam 5 petang.
Sidang media berkenaan difahamkan akan memberitahu keadaan situasi politik semasa.
Pada semalam Ketua Menteri telah mengadakan satu pertemuaan bersama dengan ahli ahli parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) di salah sebuah hotel terkemuka di Ibu Negara.
Selepas pertemuan itu Abang Johari menuju ke Istana Negara bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang difahamkan untuk menghadap Yang Di Pertuan Agong.
Akhbar tempatan turut melaporkan 6 pemimpin tertinggi dalam parti politik turut menghadap Yang Dipetua Agong pada semalam.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan