Agong Jamu Petugas Media Masakan Patin Tempoyak
KUALA LUMPUR – Jika dua hari sebelum ini Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjamu petugas media dengan makanan segera KFC dan McDonald’s, hari ini lebih istimewa apabila baginda perkenan mengurniakan nasi berlauk ikan patin masak tempoyak, yang dibawa khas dari Temerloh untuk jamuan tengah hari.
Sumbangan disampaikan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dari Restoran Temerloh Catering, Temerloh, Pahang.
Lebih istimewa petugas media turut berpeluang merasai biskut hasil air tangan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Selain itu sebuah van Milo dan Nescafe turut disediakan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membekalkan air milo kepada pengamal media di sini, yang bertugas di bawah sinaran terik matahari, sejak 9 pagi lagi.
Keprihatinan yang ditunjukkan Al-Sultan Abdullah sebelum ini dijadikan contoh, apabila banyak syarikat korporat hari ini tampil memberikan sumbangan makanan serta barangan keperluan termasuk payung, power bank dan hand sanitizer, kepada media yang telah berkampung di Istana Negara, menyebabkan rezeki melimpah ruah dan tidak putus-putus sehingga petang ini.
Antara yang turut memberi sumbangan seperti Hausboom, 100Plus, Nescafe, Saji serta Federation of Investment Managers Malaysia, Marrybrown, Giant, Nestle, San Francisco Coffe, Majlis Keselamatan Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Hari ini seramai 131 daripada 222 Ahli Dewan Rakyat yang dititahkan Seri Paduka untuk menghadiri sesi menghadap dan temu bual dengan baginda, susulan perkembangan terkini situasi politik di Malaysia.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap 90 Ahli Parlimen bagi mendengar sendiri pandangan mereka dan menentukan sokongan kepada pihak tertentu bagi membentuk kerajaan baharu.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan