Header Ads

ads header

Flash News

Anwar kata Mahathir kecewa dan tidak terlibat dalam gerakan menjatuhkan kerajaan PH


Anwar Ibrahim tiba semula ke Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Ditemui media mengenai peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad, presiden PKR itu berkata, beliau ada bersama perdana menteri semasa keputusan tersebut diambil.

Bagaimanapun, kata Anwar, beliau tidak dapat berkongsi maklumat tersebut lebih awal dengan media kerana ia belum diumumkan secara rasmi.

Katanya beliau cuba memujuk Mahathir agar menukar fikiran tetapi ahli parlimen Langkawi itu berkata, beliau kecewa kerana dikaitkan dengan pihak "yang korup".

"Saya ada merayu kepada beliau bagi pihak PKR dan PH.

"Pengkhianatan ini boleh ditangani bersama, tetapi sudah tentu beliau ada pandangan yang berbeza.

"Beliau berpendapat tidak wajar untuk beliau dilayan begitu, dikiatkan untuk bekerja dengan perasuah," katanya.

Anwar juga berpandangan, Mahathir tidak terlibat dalam gerakan menjatuhkan kerajaan PH.

"Tidak, saya tak fikir beliau (terlibat). Namanya digunakan oleh orang dalam daln luar parti dan beliau menyatakannya sekali lagi seperti sebelum ini, beliau tak ada peranan.

"Beliau sangat jelas (pendiriannya), tidak mungkin untuk beliau bekerjasama dengan sesiapa yang ada kaitan dengan rejim lalu," katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan