Header Ads

ads header

Flash News

Apa Perlunya Bergabung Dengan Mahathir ?


Ini adalah jawapan tepat kpd ura2 utk bagi talian hayat kpd mahathir.. Tidak pernah lagi kita dengar bahawa PAS bersetuju utk tubuh kerajaan baru dgn mahathir.. Kenyataan PAS cuma akan menyokong mahathir utk pegang jawatan PM sampai akhir tempoh penggal atau kalau ada gerak dr kem abg non utk membawa usul undi tidak percaya pd mahathir..

APA PERLUNYA BERGABUNG DENGAN MAHATHIR ?

1) Demi menolak Anwar Ibrahim dan DAP

Jawapan kami:

Sekiranya sekadar mahu menghalang langkah Anwar Ibrahim daripada menjadi PM, Muafakat Nasional ( MN ) hanya perlu bertindak tidak menyokong undi tidak percaya yang bakal dicadangkan oleh Anwar Ibrahim di dalam Dewan Rakyat. Semudah itu sahaja. Tidak perlu sebarang penggabungan parti. Mudah kan?

2) Muafakat Nasional perlu mendapatkan kuasa memerintah

Jawapan kami:

Mahukan kuasa memerintah? Cuba pelopor dan penyokong penyatuan kem Mahathir dan MN ini terangkan kepada kami rakyat jelata, siapa yang bakal jadi PM? TPM? Menteri kabinet? Siapa mereka ini? Rakyat ingin melihat adakah MN bakal memegang kuasa penting dalam kerajaan baru. Sekiranya muka yang sama sahaja bakal menjadi pemimpin dalam kerajaan baru, apa gunanya gabungan ini? Sudah pasti Azmin dan lain-lain yang membawa kerusi parlimen mereka bakal mendapat habuan iaitu jawatan penting dalam kerajaan. Anda mahu berketuakan orang seperti Azmin Ali? Syed Saddiq? Zuraidah? Mat Sabu?

3) Bila dah berkuasa nanti, kita akan menguasai kerajaan baru, ketepikan Mahathir.
Jawapan kami:

Dalam sejarah Malaysia tidak pernah sesiapa pun berjaya menjinakkan Mahathir. Tunku Abdul Rahman sendiri diburukkan oleh Mahathir, Tun Hussein Onn sendiri berundur kerana langkah Mahathir, Pak Lah dan DS Najib tumbang kerana Mahathir. Timbalan Mahathir sendiri berapa ramai yang telah dikuburkan? Ku Li sendiri dikhianati Mahathir. Anwar dipenjara. Ghaffar Baba? Ingat lagi?

Walaupun hanya dengan beberapa kerusi sekarang pun Mahathir boleh memegang jawatan tertinggi dalam negara. Dengan senang-senang menjual aset-aset negara, memberikan kroni-kroni peluang untuk buat duit dan yang terbaru, memecahkan PKR dan UMNO. Mahu terus bagi talian hayat kepada Mahathir?

4). Anwar Ibrahim mempunyai kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan baru

Jawapan kami:

Dari mana datangnya alasan ini? Apa kesahihannya? Berapa kerusi Azmin ada? PAN sendiri berapa kerusi nak bagi Mahathir atau Anwar?

Dalam UMNO sendiri sudah pasti ada yang tidak akan setuju dengan penggabungan ini. Apa yang akan terjadi? PERPECAHAN. UMNO akan berpecah belah. Parti yang dikatakan parti keramat orang Melayu akan berpecah!! Anda mahu lihat ini berlaku?

5). PAS telah bersetuju menyokong Mahathir

Jawapan kami:

PAS hanya bersetuju untuk menyokong Mahathir sekiranya ada undi tidak percaya. ITU SAHAJA ! Tidak pernah TG Haji Hadi menyatakan akan membentuk gabungan baru bersama Mahathir. Jangan pusingkan kenyataan beliau !

Kami rakyat Malaysia tidak mahu lagi dibelenggu permainan politik Mahathir dan Anwar. Kalau boleh, kami mahu humban kedua-dua mereka ini jauh-jauh dari senario politik negara.

Ambil iktibar dari PRK Kimanis. Ketika ramai ketua bahagian meninggalkan UMNO, akar umbi masih bersama UMNO, sehingga menyebabkan kekalahan PH di Kimanis.

Kami telah letakkan kepercayaan kami kepada Muafakat Nasional. Jangan khianati kepercayaan kami !!!!

Kita lawan hinga ke kepingan siling terakhir walau apa terjadi..mahathir bukan manusia yg boleh di pegang janji...

FB
Amka Amat



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan