Bila ditanya wartawan - Azmin kata akan teruskan perjuangan reformasi
PETALING JAYA - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pasukannya akan meneruskan perjuangan merealisasikan agenda reformasi di negara ini.
Beliau kekal mengunci mulut mengenai pertemuannya dengan UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menegaskan pihaknya akan memastikan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dapat menikmati kemakmuran.
“Insya-ALLAH kita akan teruskan perjuangan melaksanakan agenda reformasi dan membangunkan negara serta memberikan kemakmuran kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hotel Sheraton, malam tadi.
Diminta mengulas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa berlaku pengkhianatan dalam parti itu hari ini, Mohamed Azmin hanya mengucapkan terima kasih kepada pemberita.
“Terima kasih. Terima kasih semua yang hadir,” katanya ringkas, sebelum mengulangi jawapan sama ketika ditanya mengenai hasil pertemuan dengan UMNO, Pas dan Bersatu.
Terdahulu, Mohamed Azmin bertemu penyokongnya selama kira-kira sejam dalam satu pertemuan tertutup di hotel berkenaan menyifatkannya pertemuan tersebut berjalan dengan ‘sangat baik’.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Memang ada betulnya...'SATU PENGKHIANATAN!!!'Jalan terbaik bubar parlimen buat pilihanraya semula walau pun kita yakin PH akan kalah.
BalasPadam