Coronavirus: Jumlah kematian meningkat 811
BEIJING: Angka kematian membabitkan penularan wabak coronavirus meningkat kepada 811 sehingga semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, hari ini.
Ia sekali gus mengatasi jumlah kematian akibat Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang berlaku pada 2002 dan 2003 iaitu seramai 774 orang.
Rekod harian kematian membabitkan coronavirus semalam membabitkan 89 orang.
Bagi kematian akibat wabak coronavirus, 81 daripadanya membabitkan penduduk di wilayah Hubei.
Bagaimanapun, penularan wabak itu di bandar raya Wuhan mula menunjukkan penurunan walaupun tidak begitu ketara.
Sejak 1 Februari lalu, kes jangkitan baharu coronavirus mencatatkan penurunan dianggarkan sekitar 3,000 hingga 2,656 kes.
Daripada jumlah berkenaan, 2,147 kes dilaporkan berlaku di wilayah Hubei. -Reuters
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Hari ini 20 Mac 2020 sudah tiga orang rakyat Malaysia meninggal kerana penyakit coronavirus Covid-19. Di rumah kita hendaklah kerap mencuci tangan. Harga Hand Sanitizer makin mahal dan susah dapat. Saya nak syer buat hand sanitizer sendiri. Klik lini disertakan.
BalasPadam