Dakwaan PPBM korban prinsip Mahathir hanya persepsi, kata Redzuan
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi PPBM Redzuan Md Yusof menafikan dakwaan yang mengaitkan parti itu mengorbankan prinsip yang dipegang Pengerusi PPBM Dr Mahathir Mohamad susulan keputusannya bersetuju bekerjasama dengan Umno dan PAS.
“Ini hanya persepsi. Kita tidak boleh katakan orang-orang dalam sesuatu kumpulan itu jahat, perompak dan pencuri. Kita ada undang-undang untuk uruskannya.
“Jadi tidak akan korbankan prinsip itu, prinsip sama yang kami bawa dalam Pakatan Harapan,” katanya sewaktu ditemui pemberita di kediaman peribadi Muhyiddin di Bukit Damansara, hari ini.
Redzuan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah yakin kerajaan baru akan menjadi lebih baik berbanding Pakatan Harapan sekiranya ia terbentuk.
“Kalau lihat hari ini, pertumbuhan ekonomi agak terbantut. Saya tidak boleh ceritakan secara terperinci. Tunggulah, boleh buat perbandingan. Apabila kerajaan baru terbentuk, saya yakin kita boleh bergerak dengan lebih lancar,” katanya.
Redzuan turut memaklumkan Mahathir bersetuju dengan keputusan parti untuk mencalonkan Presiden PPBM Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-8 dan turut dipersetujui Barisan Nasional dan PAS.
“Mahathir tidak halang. Mahathir sebenarnya, dia kata tidak ada halangan dan berkali-kali diulang dalam kenyataan beliau,” katanya.
Redzuan berkata demikian mengulas kenyataan pemimpin PPBM A Kadir Jasin yang berkata pencalonan Muhyiddin sebagai perdana menteri ke-8 tidak pernah disokong Majlis Tertinggi.
Terdahulu, 36 Ahli Parlimen PPBM mencalonkan presiden mereka untuk jawatan tertinggi dalam satu mesyuarat selepas Istana Negara mengumumkan ia akan bertemu pemimpin politik sebelum membuat keputusan.
Mesyuarat hari ini juga dihadiri 10 ahli PPBM baru – kumpulan ahli Parlimen PKR yang keluar dari parti itu selepas pemecatan timbalan presidennya, Mohamed Azmin Ali.
Kira-kira 1 jam kemudian, PAS dan Umno mengesahkan semua 57 ahli Parlimen mereka menyokong Muhyiddin. Setiausaha Agung Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan mengesahkan sokongan itu dalam kenyataan ringkas.
MCA juga menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan