Header Ads

ads header

Flash News

Dulu TMJ pernah kata Dr M bukan mahu selamatkan negara, tetapi anaknya


Ini berita April 2018
Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendakwa Tun Dr Mahathir Mohmad bukannya mahu menyelamatkan negara, tetapi pengerusi Pakatan Harapan itu aktif berpolitik kerana bimbang dengan masa depan anaknya.

“Rakyat jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang dua seperti ular. Buat masa ini individu tersebut bukan ingin selamatkan negara, tetapi apa yang dia sedang lakukan sekarang adalah kerana takut apa akan terjadi kepada anak-anaknya pada masa akan datang.

“Sedangkan orang yang paling kaya di dalam dunia pun belum pasti mampu untuk melahirkan 3 anak ‘billionaire’,” tulis Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi catatan Facebook malam tadi.

Tanpa menamakan Dr Mahathir, TMJ berkata, bekas perdana menteri itu bertanggungjawab memansuhkan kuasa sultan, rujukan jelas terhadap pindaan Perlembagaan pada 1990-an.

“Jangan mudah terpengaruh dan percaya dengan apa yang anda dengar semalam (kelmarin) di Pasir Gudang,” katanya merujuk ceramah PH di mana Dr Mahathir mengumumkan keputusan gabungan pembangkang itu menggunakan logo PKR pada PRU14.

“Negeri Johor tidak akan pernah lupa kepada individu yang ingin membubarkan Angkatan Setia Negeri Johor (JMF) yang telah wujud sejak 1886 dan berangan mahu menarik kuasa Sultan Johor yang memerintah serta memperkecilkan perlembagaan Johor yang wujud sebelum adanya negara bernama Malaysia.”

Dr Mahathir pada 1992 merancang kempen untuk memansuhkan kekebalan raja Melayu, susulan kontroversi membabitkan seorang jurulatih hoki dan Sultan Johor ketika itu, Sultan Iskandar Sultan Ismail, ayahanda kepada Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Tahun berikutnya, selepas kempen media diketuai Dr Mahathir, Parlimen meluluskan pindaan untuk memansuhkan kekebalan raja Melayu.

Sultan Ibrahim adalah seorang daripada raja Melayu yang mengkritik Dr Mahathir secara terbuka, seorang lagi ialah Sultan Selangor.

Sultan Johor antara lain tidak berpuas hati dengan tindakan Dr Mahathir membantah projek Forest City dekat Johor Bahru.

TMJ dalam catatan malam tadi turut mengimbau kenangan zaman kanak-kanaknya di kemuncak krisis Dr Mahathir dan istana Johor.

“Saya tidak lupa pada tahun 1992, ketika saya kecil dahulu dan nakal di sekolah, cikgu akan bercakap kepada saya, ‘Awak jangan main-main, awak tu kerabat diraja. Jika saya mengadu kepada Mahathir, habis awak’.”

Tunku Ismail berkata, rakyat yang “berkecil hati terhadap kepimpinan negara” tidak patut menyalahkan sesebuah organisasi atau parti hanya kerana seorang individu bermasalah.

Katanya, masalah boleh diselesaikan jika rakyat Johor membenarkan Sultan Johor dan beliau menangani masalah dalam Umno yang ditubuhkan di negeri itu.

“Jika kapal ini telah berjalan dengan baik selama berpuluh tahun dan mempunyai masalah oleh kerana nakhodanya yang bermasalah, tidak perlu tukar kepada enjin yang baharu. Duduk di dalam kapal yang sama, dan membimbing nakhoda tersebut dan beritahu ke mana kita mahu pergi.

“…benarkan sultan dan saya membimbing nakhoda tersebut demi anda. Ubah dan pertingkatkan apa yang perlu untuk negeri dan negara tercinta.

“Bagi pandangan saya, Umno perlu lebih aset daripada liabiliti. Ia bermakna Umno perlu bertukar cara pentadbiran dan pemikiran serta polisi, terutama sekali sistem hirarki.”

Beliau berkata, rakyat boleh menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Sultan Johor dan beliau untuk disampaikan kepada kerajaan memerintah.

“Nasihat saya kepada rakyat Johor, jikalau kita tidak suka sesuatu dalam kerajaan, laungkan suara kita untuk pastikan mereka tahu apa yang kita inginkan.

“Jangan sesekali anda sangka kami tiada inisiatif untuk memperbaiki sistem yang berada di dalam kerajaan.”

Katanya, walaupun bukan ahli politik, tetapi beliau mempunyai agenda sendiri untuk menjaga kedaulatan negeri dan kesejahteraan rakyat Johor.

“Lihatlah apa yang telah saya lakukan terhadap bola sepak. Bola sepak ini hanyalah latihan. Ia ibarat saya ke ‘driving range’ sebelum pertandingan golf sebenar,” kata bekas presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu.

Tunku Ismail turut menasihatkan rakyat tidak mudah terpedaya dengan anasir luar yang mahu menghancurkan kedaulatan Johor.

“Inilah masanya untuk ‘restore the order’ dan melaksanakannya kepada sistem yang telah dirosakkan oleh individu berumur 93 tahun yang ingin menjadi perdana menteri sekarang ini.

“Jangan tertipu, buka mata anda, gunakan akal fikiran dan ikut bayangan yang akan saya berikan kerana saya tahu apa yang anda tidak tahu. Anda perlu percaya kepada saya kerana saya tahu apa yang ingin saya lakukan.”


MR :  Kalau kita baca berita-berita lama kita tahu banyak nasihat jangan percaya Mahathir dan Anwar tapi rakyat masih bodoh...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. Percaye sngt ckp org politik,,,hambek ko...nk sngt kn....ade sultan dh bgi signal x nk ikot,,,bingai....sek tinggi2,bingai pown tinggi...
    To le klu idop xnk dengo nasihat
    Melayu2....

    BalasPadam
  2. Apa jasa kau pada negara. Jgn ingat kau anak raja sesuka hati kau mengata Tun M. Harap nama pada bolasepak jdt shj. Itupun harap pemain luar kerana Wang kau berlimpah ruah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eley ape kau sembang pasal jasa plak... ehh kng potong lidah kau baru tau suka2 je cakap pasal sultan aku... Pasal bolasepak jdt nak pakai pemain luar mane2 suka hati sultan aku laa wang sultan johor punya dan bukannya minta wang dekat kakak kau pun dan better kau ikut Tun M balik kmpung tanam jagung laa sbab dua2 mcm kayu...����....
      Hidup sultan johor hidup utk rakyat johor... Daulat Tuanku...������

      Padam