Header Ads

ads header

Flash News

Kapal PH pecah: Mukhriz umum ‘Kerajaan Pelampung’


POLITIK negara sedang berada dalam kemelut berlarutan hingga hari kelima. Masih belum kelihatan ada cahaya terang akan bersinar dalam masa terdekat.

Angkara kesempitan berpolitik ini tercetus selepas perbalahan antara tiga parti dalam PH menyebabkan kapal mereka pecah bila Bersatu umum keluar daripada PH.

Tidak semena-mena hari ini, DS Mukhriz Mahathir mengumumkan Kerajaan Kedah masih kekal dan stabil. Sedangkan kapal mereka sudah berpecah di peringkat Pusat.

Inilah bentuk ‘Kerajaan Pelampung’ yang menggunakan tayar-tayar buruk hanya diikat dengan tali reput antara satu sama lain.

PAS Kedah berharap rakyat menolak harapan palsu yang masih cuba dimomok-momokkan oleh pemimpin BERSATU plus PH ini.

Pelampung serta serpihan kapal PH itu tidak akan bertahan lama kerana gelombang kebangkitan rakyat semakin kuat bergelora dari hari ke hari. Hanya menunggu masa Perlimen dibubarkan sahaja.

PAS dengan kekuatan 15 kerusi dalam DUN Kedah bersama dua daripada Umno terus memperkukuhkan agenda Muafakat Nasional dalam usaha ketengahkan kerajaan lebih sejahtera kepada rakyat.

“Islam Memimpin Perpaduan”

Salam Hormat,


USTAZ HAJI AHMAD YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah
Alor Setar – HARAKAHDAILY 27/2/2020





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Apabila kapal PH pecah dan karam , poliTIKUS terpaksa memilih untuk tenggelam bersama kapal PH atau berenang sehingga letih dan tenggelam atau berenang ke kapal PN untuk menyelamatkan diri mereka.

    BalasPadam