Header Ads

ads header

Flash News

Kekalnya Tun M leburkan cita-cita pembangkang


Solusi terbaik setelah Tun M memimpin dan berusaha membaikpulih sistem tadbir urus yg pincang dan tempang angkara kerajaan kleptokrasi terdahulu, maka sewajarnya negara perlu kepimpinan yang baru untuk meneruskan agenda pembangunan negara.

Dahulunya beliau dikecam dan dicerca serta dimaki hamun dengan gelaran-gelaran seperti firaun, Zalim dan entah apa lagi sehinggakan gelaran tersebut seolah-olah belum dapat dilupakan oleh rakyat yang menyokong blok pembangkang.

Pengalaman dan ketokohan Tun M tak perlu dipersoalkan lagi dan semua pemimpin baik dari blok kerajaan mahupun blok pembangkang sendiri tetap akur dengan kewibawaan dan kebijaksanaan yang ada pada beliau.

Anehnya dalam isu peralihan kuasa untuk menentukan kedudukan PM ke 8, pihak blok pembangkang pula beriya-iya menyatakan sokongan supaya Tun M kekal sebagai PM sehingga habis sepenggal. Perkara yang agak melucukan ada usaha-usaha dilakukan oleh pihak pembangkang cuba melakukan komplot secara senyap bersama sekelompok sebahagian daripada ahli parlimen blok kerajaan berkira-kira menggunakan jalan pintu belakang untuk menukar kerajaan dan membentuk kerajaan yang baharu.

Desas desus yang mengatakan usaha tersebut akan menjadi kenyataan akhirnya dengan ketentuan Allah SWT juga, impian menggunung itu yang akan turut dikongsi oleh semua rakyat rupa-rupanya lebur berkecai dan yang tinggal hanya angan-angan mat jenin.

Terkini dilaporkan blok dari pihak pembangkang sebelah timur sana dengan angkuhnya tetap berkeras untuk membawa usul percaya terhadap Tun M di parlimen bulan depan, malangnya Konfrense Majlis Presiden PH telah memuktamadkan peralihan kuasa diserah kepada Tun M sendiri. Apabila ditanya wartawan Tun M berkata akan meletak jawatan  pada bila-bila masa selewat-lewatnya hujung November tahun ini.

Kebanyakan pemerhati politik meramalkan isu peralihan kuasa tetap akan berjalan dengan lancar dan teratur cuma blok parti pembangkang sahaja memanipulasikan untuk mengelirukan rakyat dengan alasan tidak berlakunya kestabilan politik serta ancaman dominasi parti DAP dalam kerajaan PH.

Modal pembangkang akan sentiasa memainkan isu sentimen perkauman sempit semata-mata untuk kepentingan kuasa politik dan memberi alasan supaya dominasi atau hegomoni orang Melayu dalam negara ini harus kembali kuat supaya bangkit daripada cengkaman Kapir DAP. Bukan sekadar itu sahaja rakyat cuba disogok dan dimomokkan dengan maklumat-maklumat kononnya hak-hak kepentingan Islam sudah terlepas ke tangan orang cina DAP kapir dengan menimbulkan isu-isu seperti TH dan kejadian pemandu mabuk juga cuba dikaitkan dengan sentiment kaum dan macam-macam lagi.

Sejauh mana dakwaan tersebut benar tidak dapat dipastikan kebenarannyala, namun begitu adakalanya isu-isu yang timbul cuba dicetuskan oleh mereka yakni segelintir dalam kalangan pemimpin termasuk ahli DAP serta insiden pergaduhan membabitkan bangsa Melayu dengan cina mengundang  keresahan orang-orang Melayu disebabkan tingkahlaku mereka yang agak keterlaluan.

Jawapan bagi mengendurkan keresahan orang-orang Melayu sudah tentunya negara ini perlu dicorakkan semula dan digantikan dengan seorang Perdana Menteri baru yang berkarisma serta berpengalaman lagi berpengaruh, yang paling istimewanya ketokohannya dikenali pemimpin negara luar sama ada bakal pemimpin tersebut datangnya dari blok kerajaan atau blok pembangkang yang mungkin akan menjadi kerajaan kelak . Oleh demikian sama-sama kita semua tunggu debarannya pada hujung tahun ini atau mungkin cepat pada bulan Mei depan. Politik sukar diteka dan tidak juga semudah diramal.


Sekian.

Muzakkir Ibadurrahman

22/2/2020




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan