Header Ads

ads header

Flash News

Kemelut Peralihan Kuasa Politik Tanahair?


Pulang dari solat Isya` di Masjid Al-Umm,terkejut bila mengikuti perbincangan politik di saluran tv Awani 501 dimoderator oleh Kamarul dengan dua ahli panel Prof. Madya Dr. Hamidin dan saudara Amir wartawan tentang kemelut tuntutan peralihan kuasa yang pada malam tadi perhimpunan berlaku di rumah Anwar Ibrahim, di Hotel Sharaton, PJ dan juga kumpulan yang pergi ke Istana Negara.

Pada malam tadi dikatakan tidak kurang dari lima mesyuarat diadakan oleh tokoh-tokoh parti parti politik, tetapi hingga akhir wacana di tv itu, tiada sebarang keputusan diambil sebagai keputusan dan tiada sebarang pihak membuat sidang akhbar, bahkan dikatakan semua pihak menutup mulut dari memberi sebarang kenyataan.

Kemelut yang berlaku akibat dari gagalnya Majls Presiden dalam PH yang bermesyuarat pada Juma`at 21 Februari lepas. Ini membawa kepada kemelut tuntutan terutama dai pihak PKR agar janji peralihan kuasa ditentukan tarikh dan bukan secara umum yang dikatakan oleh Tun Mahathir selepas Persidangan APEC pada akhir tahun ini, namun beliau diberi hak membuat keputusan. Dari satu segi ini menimbulkan rasa tidak puashati dari kalangan penyokong-penyokong Anwar.

Namun melalui akhbar-akhbar pagi ini kemelut ini lebih nyata, bahawa perubahan kuasa menjadi spekulasi yangf tidak pasti. Sinar membawa tajuk:

Desas Desus Kejatuhan Kerajaan PH – Pada muka hadapan, manakala halaman dua: ``PH akan berakhir```. Manakala halam tiga, disiarkan mengenai ``Drama di Istana Negara.` Manakala pada halaman 9, komen dari Anwar, ``Satu pengkhianatan``.

Manakala pada halamman depan BH, membawa tajuk , ``Kerajaan Baharu ?, manakala pada halaman tiga: ``Umno, Pas, Warisan, PBB, GPS mengadap Agong.``

Dan pada bahagian bawah halaman tersebut, terakam,

`` Pakatan Harapan Sudah berakhir.``

Mamakala The Star pada halaman hadapan membawa tajuk, ``Pakatan in peril.``
Jelaslah bahawa, kemelut peralihanm kuasa sedang berlaku.

Mulai hari ini dan seterusnya suasana politik tanahair akan terus hangat.
Kita berharap pengekalan atau perubahan kekuasaan pemnerintahan hendaklah melalui lunas-lunas perlembagaan.``

Kita mempunyai kuasa tertinggi Yang Di Pertuan Agong dan Parlimen.
Sebarang pengekalan atau perubahan kuasa hendaklah melalui prinsip Perlembagaan.
Dalam tempoh terdekat ini sudah tertentu berlaku berbagai kemelut dan perubahan
Kita akan mengikutinya dan diharap pihak berkuasa dapat memelihara keamanan.

Sekian.
Dr Shafie Abu Bakar 





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Kebijksanaan tun Memang licik
    Mengambil langkah menjadi pm tanpa jawatan apax dlm parti sebagai Ahli biasa.. Tanpa tekanan sebagai suara minoritu
    Maka tun blh bergerak secara bebas tanpa ada gangguan Dr nuar Dan dap

    BalasPadam