Header Ads

ads header

Flash News

Komplot Jijik, Mahathir Mesti Segera Diundurkan


1. Pendedahan demi pendedahan yang berlaku beberapa hari ini hanya membuktikan satu hakikat – Tun Dr Mahathir Mohamad kembali bermain muslihat politik kotor seorang diktator yang mahu terus berkuasa dengan apa cara sekalipun.

2. Politik usang ala Machiavelli dimana matlamat menghalalkan cara digunapakai oleh diktator ini buat kesekian kalinya.

3. Makanya sehari dua ini negara ini dihidangkan dengan kisah pelik tapi benar. Terbaru rakaman audio dan pendedahan oleh pimpinan UMNO sendiri terhadap Presiden UMNO yang mengakui kewujudan komplot jijik antara Mahathir dan mereka.

4. Beberapa minggu sebelum ini Presiden PAS juga secara terbuka menyokong diktator ini untuk terus kekal berkuasa. Presiden PAS ini mencipta sejarah tersendiri menyokong seorang kleptokrat (PM 6) dan seorang diktator(PM 7) dalam waktu yang sama.Presiden PAS ini akan dikenang sebagai Presiden PAS paling hampas dalam sejarah.Jauh berbeza dengan ketegasan Presiden PAS terdahulu Almarhum Dato Ust Fadzil Nor terhadap diktator yang sama.

5. Ini semua gara2 permainan politik licik,jijik dan jahat diktator tua bernama Mahathir Mohamad.Menggunakan kuasa dengan taktik ancaman dan tawaran.Taktik standard bagi setiap diktator yang mahu terus kekal berkuasa.

6. Jangan lupa Kongres Maruah Melayu yang akhirnya menjadi Kongres yang hasilnya hanya menampilkan pemimpin2 melayu tiada maruah, skandal video seks, skandal rasuah helikopter hilang dan sebagainya. Pemimpin2 seperti ini adalah ramuan paling enak seorang diktator.

7. PKR parti paling besar dalam kerajaan di porak perandakan dengan taktik pecah dan perintah dengan menjadikan Timbalan Presiden dan beberapa pimpinan PKR bertukar status daripada pejuang rakyat kepada agen dan penjilat seorang diktator.

8. Sebelum negara menjadi semakin parah dan rakyat semakin melarat dengan permainan politik kotor diktator yang semakin menjadi2 ini, PH sebagai koalisi pemerintah wajib memperbetulkan keadaan negara ini.

9. Tun Mahathir mesti didesak untuk berundur. Dan berundur segera!

10. Apakah belum cukup peringatan rakyat di Tg Piai dengan kekalahan parti pemerntah paling besar dalam sejarah? Dan terbaru di Kimanis.

11.Kesabaran rakyat ada hadnya.

Mohamad Ezam Mohd Nor4 Feb 2020, 10 Jamadil Akhir 1441H.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

12 ulasan:

  1. Beundur dgn bemaruah jgn smpai berundur dgn kehinaan

    BalasPadam
  2. Atok tak mau insaf jg. Jadi hadapilah kehinaan dihari tua bukan demi agama dan bangsa TAPI kuasa, anak dan kroni. MEMALUKAN!!!

    BalasPadam
  3. Ezam tulis pun nk post dlm ni ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Izam tak payah kita ambil berat le kenyataan nya.rugi masa saja.


      Padam
  4. Suka2 demo lane je nak menyuruh tun berundur.. dia PM true.. bukan PM tepi yg bleh di desak undur begitu shja.. yg megundi dan menaruh harapan pada PM skrg rakyat juga secara majoriti nya.. rakyat juga berhak bersuara sekiranya PM yg dipilih dipaksa berundur oleh pihak tertentu yg ingin sabotaj PM..lebih baik dan telus bubarkan shja parlimen sekiranya pihak dlm kerajaan sendiri tidak mempercayai PM sendiri yg dipilih rakyat.. solusi nya mengapa terburu buru mendesak tun berundur? Adakah ekonomi negara lebih baik selepas tun di desak undur.. atau sebab2 lain yg berkepentingan untuk direalisasikan dengan lebih awal sekiranya Tun berjaya dipujuk dipaksa berundur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tun tak ada kepentingan peribadi ka? Maksum ke dia?

      Padam
  5. Adoiiii...pitnah lagi terhadap PM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu ada hasad n dengki . Nak bubar parlimen tapi nk tubuh pakatan nasional dgn sokongan org melayu sekurang2 80% jadi fikirkanlah

      Padam
  6. Bubar parlimen, dan serah kpd rakyat untuk memilih.. Menteri2 sekarang hampas je

    BalasPadam
  7. Sedap dia ni kata korang politik jijiklah apo?mu nk suruh kutty undur,pah nok suruh nuar naik tu dok jijik ko.buke setakat jijik,pecah stor kunyit kalu boleh ko nuar nok royat bui.laknat

    BalasPadam
  8. Ezam...kah kah kah kah..🤣🤣

    BalasPadam