Header Ads

ads header

Flash News

Lokman dipecat: Jangan harap nak plaster mulut saya, kata Puad


Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi terus mempersoalkan tindakan disiplin terhadap Lokman Adam dan membandingkannya dengan bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein.

Lokman, yang sebelum ini merupakan ahli Majlis Tertinggu Umno, dipecat serta-merta sebagai ahli parti itu tanpa melalui lembaga disiplin parti.

Pemecatan itu hadir selepas Lokman mendedahkan rakaman audio yang dikatakan menggambarkan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi cuba meyakinkan pemimpin parti untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Dalam kes Hishammuddin, surat lembaga disiplin untuk menyiasat beliau ditarik balik. Bahkan prosiding beliau juga dibatalkan.

"Apandi Ali terus meletakkan jawatan sebagai pengerusi lembaga displin atas alasan “dignity and integrity” (maruah dan integriti)," kata Puad dalam kenyataan di Facebook.

Puad merujuk pembatalan pendengaran prosiding lembaga disiplin parti terhadap Hishammuddin sebelum ini.

Susulan prosiding disiplin Hishammuddin dibatalkan, Lokman menuduh Hishammuddin cuba bekerjasama dengan Bersatu untuk meyakinkan ahli parlimen Umno meninggalkan parti dan menyertai parti komponen PH itu.

Apandi, yang merupakan bekas peguam negara, mendakwa wujud campur tangan dalam lembaga disiplin berhubung prosiding disiplin terhadap Hishammuddin dan meletak jawatan sebagai tanda bantahan.

Dalam kenyataannya hari ini, Puad turut mendakwa ada "penulis upahan" marah kepadanya kerana mengkritik parti secara terbuka.

Bagaimanapun, Puad menegaskan bahawa beliau tidak akan berdiam diri dari menyuarakan pandangannya meskipun dia hanya ahli Majlis Tertinggi yang dilantik.

"Jawab soalan saya, apa beza kesalahan Lokman dan Hishammuddin. Dia kata saya ahli Majlis Tertinggi dilantik? Betul, bukan susah pun saya dikenakan tindakan.

"Tetapi jangan harap nak plaster mulut saya," katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan