Mahathir Dan Anwar: Krisis 1998 Dan 2020, Satu Catatan Pengalaman
Sekadar catatan pengalaman ketika krisis 1998 pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.
Enam (6) bulan sebelum 2 September 1998 (tarikh Anwar dipecat).
Dr. Mahathir – _“Saya tidak akan pecat Anwar, dia timbalan yang bagus. Anwar lulus cemerlang ketika memangku jawatan PM selama saya bercuti.“_
Anwar Ibrahim – _“Dr. Mahathir ketua yang baik. Hubungan saya dengan Dr. Mahathir umpama anak beranak. Mahathir sudah seperti bapa saya. Saya amat menghormati beliau dan tidak mungkin beliau akan membuang saya.”_
31 Ogos 1998
Dr. Mahathir – _“Saya tidak akan pecat Anwar. Semua itu hanya cerita rekaan. Hubungan saya dengan Anwar amat baik. Lihat, saya mai Penang negeri Anwar ni. Kami tak gaduh.”_
Anwar Ibrahim – _“Semua itu (pemecatan) saya hanya spekulasi. Hubungan saya dengan Dr. Mahathir cukup baik. Semalam saya ada bincang banyak perkara mengenai negara sambil minum teh dengan beliau“._
1 September 1998
Dr. Mahathir – _“Saya tidak akan pecat Anwar. Anwar adalah seorang Menteri Kewangan yang bagus. Ketika ekonomi negara tidak baik, kita perlukan Menteri Kewangan seperti beliau“._
Anwar Ibrahim – _“Saya masih bekerja. Lepas inipun saya ada banyak mesyuarat. Kita perlu tumpu untuk memulihkan ekonomi negara.“_
2 September 1998
Pagi sebelum mesyuarat kabinet, mereka bertengkar di bilik Dr. Mahathir. Mahathir beri ultimatum kepada Anwar sama ada letak jawatan atau dipecat.
*ANWAR DIPECAT PADA TARIKH INI SETELAH MEREKA BERDUA CUBA MENAFIKAN KERETAKAN HUBUNGAN MEREKA.*
22 tahunpun berlalu……
*Enam (6) bulan sebelum 21 Februari 2020*
Tun Mahathir – _“Saya akan serahkan jawatan kepada Anwar. Saya dah janji, saya akan tunaikan.”_
Anwar Ibrahim – _“Jangan bebankan Mahathir dengan isu peralihan kuasa. Semua patut tumpu ekonomi dan perbaiki hidup rakyat.“_
*21 Februari 2020*
Tun Mahathir – _"Terpulang kepada saya bila nak serah jawatan kepada Anwar.”_
Anwar Ibrahim – _“Saya kena banyak bersabar.“_
*23 Februari 2020*
Tun Mahathir – senyap. UMNO, PPBM, Azmin mengadakan mesyuarat tertutup.
Anwar Ibrahim – _“Saya rasa dikhianati apabila ada gerakan cuba mengambil alih kerajaan.“_
*24 Februari 2020*
Tun Mahathir – letak jawatan. Sebelum itu ada berjumpa Anwar dan beberapa pemimpin lain.
Anwar Ibrahim – _“Saya cuba menasihati Mahathir agar tidak meletak jawatan, tapi beliau tak mau dengar.”_
Anwar masih cuba ‘main cantik’. Masih nak _'control damage’_ apabila kerajaan PH tumbang.
*25 Februari 2020?*
*26 Februari 2020?*
Nasihat saya, dengar dari sumber sahih dan tepat. Dialog-dialog di atas adalah dari sumber yang sahih. Saya terlibat sepenuhnya dalam krisis 1998. Krisis 2020 pula, saya rujuk dari sumber yang sahih.
Sekarang hendak percaya siapa? Dua-dua boleh buat selamba tidak bergaduh, hari berikutnya sudah boleh maki-makian kerana tidak mampu bendung perasaan. Perseteruan sekian lama terbongkar setelah masing-masing keluarkan ‘peluru’.
Doakan yang terbaik sahajalah. Semoga bermanfaat dan menjadi panduan menghadapi krisis kali ini….
Ikhlas,
Anuar Shaari
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan