Header Ads

ads header

Flash News

Muafakat Politik PAS+UMNO+PPBM++


Hangat seketika perkhabaran akan adanya muafakat politik antara Muafakat Nasional, BN dan beberapa parti dan kumpulan dari Pakatan Harapan. Tidak kurang juga yang feed back yang OK, tidak menerima dan krik krik.

Saya melihat perkara ini sebagai langkah proaktif pemimpin dari Muafakat Nasional khususnya Tuan Guru Presiden Haji Hadi Awang dalam melaksanakan apa yang betul dan menuruti perintah agama. Sungguhpun banyak teori yang logik untuk mengatakan usaha ini salah atau tidak bijak, saya lebih meyakini usaha mereka yang merujuk kepada perintah Allah, ilmu politik dan autoriti mereka sebagai politician. Ini kerana tindakan dan pemikiran mereka tidak sama seperti penulis politik. Sama juga seperti beza pemain bolasepak dan pengulas permainan bolasepak.

DI dalam movie U-571, seorang pegawai tidak berpuas hati apabila ketuanya tidak menaikkan pangkat bagi membolehkan beliau mengetuai kapal selamnya sendiri sedangkan kesemua pencapaian ujiannya sebelum itu di tahap tertinggi. Si ketua berkata, "kau tidak layak untuk berada di kerusi itu sehingga kau betul-betul bersedia hingga boleh membuat keputusan yang betul dalam masa yang singkat dengan maklumat yang tidak lengkap sungguhpun ia akan membahayakan nyawa krew kapal kamu".

Di mana jua ceruk dunia, mereka yang memegang perjawatan dan mampu menakhodakan organisasi politik mereka pada satu tempoh yang lama, mempunyai kualiti seorang ketua. Keputusan yang baik bukanlah keputusan yang perfect kerana keputusan seperti itu tidak wujud. Pasti ada baik dan buruknya. Cuma bagi ketua yang berpengalaman, perlu kita tahu apakah kiblat rujukan mereka dan kemampuan mereka mengurus risiko kesan keburukan dari keputusan yang diambil.

Kerana itu saya tidak berasa pelik apabila ada akar umbi PAS atau UMNO yang berbeza pendapat dengan kepimpinan mereka. Majoriti dipengaruhi emosi dari kisah lalu. Kita amat faham emosi orang PAS kepada PAN. EMosi orang UMNO kepada PPBM. Ada juga dipengaruhi teori pengulas-pengulas yang tidak pernah memegang tongkat di mimbar politik. Hanya sekadar pena atau sekeping papan kekunci. Sekiranya benar perihal muafakat ini berlaku, maka tidak pelik ada kehangatan penolakan. Namun saya suka berbicara adakah keputusan muafakat ini sesuatu yang positif atau negatif?

Merujuk kepada sosok penting dalam menerajui usaha permuafakatan politik iaitu TGHH. Kita sedia maklum beliau mempunyai track record mendamaikan Aceh dan Selatan Filipina dengan jayanya hingga menghentikan perang. Namun ada jua usahanya tidak sampai penghujung apabila usaha perdamaian di Yaman yg pada awalnya menjadi namun berakhir dengan perang apabila Saudi memilih menggunakan pendekatan militari. Cara beliau tidaklah begitu sukar untuk difahami. Hampir sama dilakukan secara adil kepada semua. Tidak kira anda Melayu, bukan melayu, Islam, bukan Islam, Malaysian dan non Malaysian. AGAMA dan PERDAMAIAN.

Buktinya

Semasa PAS didalam Pakatan Rakyat, kita sedia maklum, TGHH tidak menolak sebarang perjumpaan dengan UMNO dan BN sehingga disindir oleh rakan parti sendiri. Bukankah ini silaturrahim dalam beragama?

UMNO yang sekian lama mempunyai track record membuli PAS, tetapi TGHH bukan saja menghulur tangan disaat kejatuhan malah diajak menjadi kawan dan sama-sama berkongsi. Bukankah ini kemaafan dalam beragama dan mentautkan silaturrahim?

Seawal kemenangan PH, TGHH mengeluarkan kenyataan bahawa beliau menyokong kepimpinan Tun Mahathir. Bukankah ini ketaatan kepada pemimpin yang sah (ulil amri) yang digesa oleh agama?

Didalam Muafakat Nasional, sedar atau tidak TGHH mendapatkan pandangan dari rakan muafakat iaitu UMNO dalam hubungan politik domestik. Tidakkah ini amalan Syura diperingkat tertinggi yang diamalkan Rasulullah?

Bukankah TGHH orang yang mempopularkan 'tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah'. Ia digunapakai biarpun kepada musuh politiknya sendiri. Bukankah ini yang diajar agama?

Dikala banyak bibir dan lidah bertikam lidah isu syiah dan wahabi, tanpa menyedari perlagaan politik arab dan parsi, beliau mencari jalan dimeja rundingan dengan kedua belah pihak yang degil ini. Bukankah ini perdamaian yang diseru Islam?

Isu di atas sahaja mungkin berlori-lori cacian dan makian yang beliau terima selama ini. Namun cuba bertanya kepada yang sepatutnya, siapakah yang hanya berkata-kata dan siapakah yang buat kerja?

Oleh yang demikian, sekiranya benar ada usaha muafakat politik yang lebih besar selain PAS dan UMNO, ia bukanlah satu yang salah. Ia mungkin salah pada percaturan sesetengah orang. Selagimana usaha itu tidak bercanggah dengan agama, ianya tidak salah.

PAS KENA GAME

Selalunya penyokong PAS menimbulkan kerisauan bahawa PAS kena akan game jika berurusan dengan musuh-musuh politiknya. Rasa yang sama terbit dikala PAS mahu bermuafakat dengan UMNO. Alhamdulillah berkat kesabaran dan keyakinan kepada usaha ke jalan Allah, kita berjaya menyatukan hati-hati yang bermusuh sekian lama.

Begitu juga dengan isu muafakat dengan PPBM dan kumpulan dari PH ini. Rasa yang sama turut terbit. Dahulunya mungkin orang PAS sahaja tapi kini orang UMNO turut melahirkan kerisauan yang sama.

Ingin saya menasihatkan bahawa utamakan kehendak Allah dari kehendak hati kita sendiri. Orang UMNO mungkin sedikit keras dalam menolak PPBM, namun hayatilah apa yang orang PAS kikiskan dari nafsu dan emosi satu ketika dahulu. AKhirnya kita menjadi satu keluarga yang lebih besar dan kuat berbanding dulu.

Bagi orang PAS, teori PAS kena game ini logik dek akal. Tak mustahil UMNO atau PPBM mungkin akan game PAS selepas ini. Tapi tidak mustahil juga PAS akan game UMNO dan PPBM. Jadikan kerisauan ini sebagai teladan dan pengalaman dimasa mendatang, namun jangan dijadikan wasangka kerana kelak kalau ia dijadikan pegangan, maka tidak akan ada perkara baik akan berlaku didunia ini.

Ini kerana setiap manusia ada buruk dan baiknya. Kenapa kita terlalu fokus untuk melihat buruknya sahaja. Selain itu majoriti peminat politik bukanlah mereka yang fakih dalam limu politik. Mereka merasakan keputusan politik itu semudah apa yang mereka rasa. Seolah-olah politik ini jawapannya dalam bentuk objektif sedangkan ia sentiasa sesuatu yang subjektif. Dikala semua menyuarakan tentang seorang pemimpin yang suci, cekap, sentiasa betul dan berkaliber dari semua segi, walhal sudah beratus ribu tahun, pemimpin seperti itu tidak pernah wujud.

Sekiranya anda rasa anda lebih bijak dan berketrampilan berbanding mereka yang menerajui organisasi politik ini, pack your stuff, bertandinglah dalam pilihanraya seterusnya. Cari dana sendiri, cari penyokong sendiri, cari media sendiri, cari semuanya sendiri. Kemudian bentuklah parti yang semua pemimpinnya perfect, superb, telus dan mantop tanpa sekelumit dosa dan kesilapan. Good luck.
FB
Lebai PRO


MR :  Lebai Pro ni bukan Lebai Hassan sekadar makluman -- ramai sangat yang bertanya


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan