'Nyamuk dua tiga ekor ini akan kita bunuh'
‘NYAMUK’ dalam parti PKR perlu dibunuh. Tegas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang berkata pengkhianat dalam parti itu akan dihukum oleh rakyat.
"Ini adalah pengkhianatan yang sebenar yang mengkhianati amanah rakyat dan masuk melalui pintu belakang (menubuhkan kerajaan baharu)," katanya kepada pemberita di hadapan kediaman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ditanya mengenai siapa pengkhianat yang dimaksudkan itu, Ahli Parlimen Kapar itu enggan mengulas namun berkata semua pihak akan tahu esok.
Mengulas mengenai dakwaan Pilihan Raya Umum (PRU), Abdullah Sani berkata, pihak mereka sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan.
"Nyamuk dua tiga ekor ini akan kita bunuh," katanya.
Ketika ini beberapa pemimpin kanan PKR dilihat keluar masuk ke dalam kediaman PKR.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan