Header Ads

ads header

Flash News

Pakatan Nasional Hanya Akan Mengulangi Kesilapan Pakatan Harapan

 
1) Jika dibaca dari sudut pandang PH hari ini, menjemput Tun Mahathir bersama PH adalah kesilapan yang besar. Bahkan lebih teruk kesilapan itu apabila mengangkat Tun Mahathir menjadi PM. Sekarang hidup PH tidak menentu. Kucar-kacir dibuatnya.

2) Jalan paling cepat untuk selamatkan PH, adalah dengan undi tak perchaya kepada PM. Tetapi Majlis Presiden PH sendiri tak ada kekuatan. DS Anwar sendiri sudah tiada aura untuk menggerakkan undi tak perchaya dek kerana perpecahan dalaman PKR sendiri. Tapi semakin lama dibiarkan, semakin parah menanti.

3) Pakatan Nasional, nama yang dicadangkan kononnya apabila team Tun Mahathir bergabung dengan Muafakat Nasional dan Barisan Nasional membentuk kerajaan. Gerakan ini dikatakan sedang diusahakan secara sulit oleh MT UMNO - demi menyekat DS Anwar dan DAP 'merosakkan' negara.

4) Jika itu tujuannya, maka Pakatan Nasional ini hanya mengulangi skrip Pakatan Harapan yang sanggup bekerjasama dengan Tun Mahathir semata-mata untuk menjatuhkan DS Najib. Agenda menyekat DAP dan DS Anwar adalah agenda yang sama dengan agenda menjatuhkan DS Najib dari kutub yang berbeza.

5) Kita tidak mengharapkan Pakatan Nasional terbentuk dengan bertujuan menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan secara 'pintu belakang'. Adalah lebih baik mengembalikan mandat kepada rakyat dengan membubarkan parlimen. Masuk pilihanraya dengan kekuatan asli.

6) Andai terjadi juga pembentukan Pakatan Nasional ini, janganlah angkat Tun Mahathir menjadi ketua ataupun PM lagi. Jika masih lembik tengkuk dan still mahu angkat Tun Mahathir sebagai ketua, hayat Pakatan Nasional juga tidak lama. Bahkan Pakatan Rakyat akan refresh semula kekuatan untuk menumbangkan Pakatan Nasional.

7) Kata orang, hendak kalahkan UMNO, dia berpakat dengan DAP dan DS Anwar. Hendak buang DAP dan DS Anwar, dia datang cari UMNO balik. Orang main chess, kena checkmate sekali saja. Takkan nak kena checkmate banyak kali baru nak sedar? Chess apa benda boleh checkmate banyak kali...

Sekian
Posted by Dr Tanaka Mustafa



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Aku xrela dikencing lagi....cukup hanya sekali sayang..sbb bau kencingmu terlalu kuat sehinggakan aku fobia tahap gaban....

    BalasPadam