Peralihan politik negara perkara positif, kata Ku Li
KUALA LUMPUR - Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan peralihan politik negara sebagai perkara yang positif bagi menentukan rakyat dipimpin kerajaan yang baik.
Beliau yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat berkata, rakyat juga mahu ekonomi negara dalam keadaan stabil.
"Baguslah kita libatkan diri kita dalam usaha nak tentukan rakyat dapat kerajaan yang baik.
"Keadaan ekonomi tak begitu baik sekarang ini. Kita kena usaha cari satu penyelesaian terutama sekali ringgit yang jatuh teruk," katanya ditemui media di Menara Dato Onn di sini hari ini.
Beliau dipercayai baru selesai menghadiri mesyuarat bersama barisan kepimpinan UMNO.
Tengku Razaleigh juga memberi bayangan keputusan bagi menetapkan siapa Perdana Menteri baharu perlu dilakukan segera sebelum memberi kesan lebih buruk terhadap ekonomi negara.
"Pasaran saham kita terumbang ambing, tadi jatuh dengan teruk apabila diketahui kerajaan yang Tun Dr Mahathir pimpin dah jatuh.
"Sekarang ini tak ada siapa pegang jawatan menteri lagi, semua menteri dah gugur, kerajaan dah jatuh," katanya.
Ketika ditanya berhubung nama beliau yang menjadi antara yang disebut sebagai calon Perdana Menteri ke-8, beliau berkata, "Ye ke? Terima kasih banyak-banyak."
Beliau juga mengakui tidak tahu mengenai perkara itu dan berkata terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menentukan.
"Tak ada, perkara itu tidak timbul," katanya.
Tengku Razaleigh juga menafikan akan ke Istana Negara petang ini sebaliknya akan pulang ke pejabatnya.
Terdahulu, dilaporkan kesemua ahli Parlimen BN dan Pas akan ke Istana Negara petang ini bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun beberapa ahli Parlimen yang keluar dari Menara Dato Onn setakat jam 6.45 petang tadi menafikan akan ke Istana Negara.
Antara yang ditemui ialah Ahli Parlimen Kinabangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin; Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; dan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan