Header Ads

ads header

Flash News

PPBM tolak peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi parti


PETALING JAYA: Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MT) PPBM malam ini memutuskan untuk menolak langkah Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan sebagai pengerusi parti dan perdana menteri, kata setiausaha agung parti itu, Marzuki Yahya.

“Kita sebulat suara menolak surat peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi parti. Kita mengambil keputusan menolak peletakan jawatan beliau.

“Perkara yang paling jelas adalah PPBM juga buat keputusan, termasuk ahli Parlimen akan menyokong Mahathir sebagai perdana menteri Malaysia. Ini adalah keputusan jelas,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PPBM di sini.

Marzuki berkata, PPBM turut menafikan laporan yang mendakwa terdapat pemimpin parti itu bertindak keluar parti susulan keputusan MT untuk keluar daripada gabungan Pakatan Harapan (PH).

“Saya hendak jelaskan di sini, kita juga buat penafian sekeras-kerasnya bahawa ada seorang ahli Parlimen atau pimpinan PPBM yang keluar parti,” katanya.

Marzuki berkata, beliau yakin pimpinan PPBM akan terus bersatu memandangkan mereka sudah membina parti dan mengharungi halangan dan rintangan sebelum ini.

Beliau berkata, keputusan PPBM keluar PH juga dibuat dengan keputusan sebulat suara MT parti, bagaimanapun parti itu belum membuat apa-apa ketetapan untuk bersama Umno-PAS.

“Kita sekarang keluar dari PH. Kita serahkan kepada Dewan Rakyat untuk menentukan kedudukan Mahathir sebagai perdana menteri. Setakat ini tidak timbul soal kerjasama dengan Umno-PAS atau mana-mana pihak,” katanya.

Sementara itu ahli MT PPBM Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, pimpinan tertinggi parti akan berkunjung ke kediaman Mahathir esok pagi bagi menyakinkan beliau supaya kembali mentadbir negara, namun tidak mendedahkan waktu pertemuan itu akan dilakukan.

Mahathir hari ini meletak jawatan sebagai pengerusi PPBM berkuat kuasa serta merta selepas menghantar surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri beberapa jam sebelum itu.

Hampir serentak dengan itu presiden PPBM Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa parti itu keluar daripada PH.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong menerima peletakan jawatan Mahathir sebagai perdana menteri, beliau kemudian dilantik sebagai perdana menteri interim sehingga perdana menteri dilantik dan kerajaan baru ditubuhkan.


MR :  Ini salah satu pelan 'game' Mahathir???


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan