Header Ads

ads header

Flash News

Rahsia Politik Anwar Dan Zahid Hamidi – Rahim Tamby Chik


Pada dasarnya ramai masyarakat Melayu yang menyokong tindakan Presiden UMNO Zahid Hamidi untuk bekerjasama dengan Tun Mahathir atau parti PPBM.

Sepertimana dibawah yang dinyatakan oleh bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Tapi di sebalik itu rupanya ada rahsia politik yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi terhadap politik Rahim Tamby Chik khasnya dan pemilihan UMNO umumnya.

Dapat kita simpulkan di sini bahawa memang benarlah UMNO adalah alatan kepada pemimpin pemimpin UMNO yang berkepentingan bukannya apa yang dimomokkan oleh pemimpin UMNO itu sendiri kononnya UMNO untuk orang Melayu.

Sebab itulah UMNO sanggup mengenepikan disiplin dan prinsip politik hanya semata-mata kerana jawatan.

Di bawah adalah catatan Rahim Tamby Chik yang boleh didapati di akaun Facebooknya.

Disiplin vs Politik…

Bila Zahid Hamidi yg kini memimpin Umno menyokong usaha penyatuan parti2 politik Melayu dibawah satu bumbung bersama Bersatu, buat pertama kali saya menyokong beliau sebagai pemimpin Melayu yg boleh diharapkan…

Namun satu rahsia politik sejak tahun 1994 masih belum diketahui umum yg telah saya pendam demi menjaga stabiliti dan intergriti parti Umno ketika itu.

Bagini episodnya.

Dlm pertandingan parti 1994, saya selaku Ketua Pemuda Umno Malaysia telah dicabar Zahid, yg pada ketika itu memegang jawatan Ketua Penerangan Pemuda Umno.

Semua ketahui ketika itu Zahid mencabar saya atas kehendak Anwar Ibrahim dan Anwar baru saja membuat satu gerakan menjatuhkan saya selaku Ketua Pemuda/ KM Melaka atas sebab kecemburuan politik.

Seluruh jentera politik Anwar dari seluruh negara telah dihimpunkan dibelakang Zahid bg mempastikan kemenangan Zahid menentang saya.

Namun ada juga sebahgian dari penyokong Presiden parti yg bergerak membantu saya berkempen diseluruh negara.

Di hari pengundian, perwakilan pemuda ketika itu cuma lebih sadikit dari 500 orang dan pengundian bermula kira2 jam 11 pagi.

Secara logiknya, dgn perwakilan pemuda sejumlah itu, pengundian dan pembilangan undi sewajarnya selesai sebelum jam 3 petang ! Dan seterusnya pengumuman keputusan pengundian sepatutnya telah boleh disempurnakan !

Tapi malangnya, sehingga hampir 6 petang keputusan belum diketahui.

Suasana dlm dewan menjadi semakin panas dan tegang! Penyokong2 Zahid mula membuat sorakan2 bergemuruh dan bunyinya semacam mengoncang dewan, betul2 saperti sorakan raksaksa peminat2 bola di stadium bila pasokan idaman mereka menang !!!

Sabelum itu kira2 jam 3.30 petang, seorang anggota polis tidak beruniform menemui saya dan menyatakan ” Tan Sri, you menang!”. Saya tanya balik bagaimana dia tahu dan beliau jawap dari sumber yg boleh dipercayai.

Saya rileks saja salepas itu sehinggalah pengumuman dibuat bahawa Zahid telah menang dan diistiharkan menjadi Ketua Pemuda Umno yg baru!

Saya terus meninggakan majlis salepas pengumuman ini.

Beberapa hari salepas pertandingan selesai, seorang pensyarah dari ITM
Shah Alam ( masa itu ITM belum dinaiikan taraf kpd UiTM) datang bertemu saya.

Beliau terus mengadu bahawa beliau dan 10 pelajar beliau yg telah dilantik sebagai pengira kertas undi dlm perhimpunan pemuda yg baru berlangsung, merasa amat malu kerana apa yg mereka bilang dan catat dan panjangkan kpd sekretariat Umno TIDAK SAMA dgn apa yg diumumkan di dlm perhimpunan berkenaan.

Katanya lagi secara kesal bahawa Umno tidak sepatutnya menunjukkan contoh penipuan saperti ini di hadapan pelajar2 institusi pelajaran tinggi kerana mereka ini bakal pemimpin2 negara akan datang!

Tidak puas dgn aduan pensyarah ini yg menjadi ketua pasukan pengiraan undi, saya mencabar beliau beranikah dia membuat Kenyataan Berkanun ( SD) dimana jika berbohong, dia boleh dihukum 5 tahun penjara!

Dgn konfiden beliau berkata saya dan pelajar2 saya sanggup demi menegakkan kebenaran!

Dgn SD ini saya berjumpa Presiden parti dan melapurkan hal penipuan ini.

Arahan Presiden kpd saya supaya berjumpa Pengerusi JK Pentadbiran Umno ( Anwar) dan buat keputusan adakan pegundian utk memilih KP Umno semula jika betul terdapat penyelewengan.

Saya memohon utk bertemuan dgn Anwar beberapa kali namun gagal. Akhirnya, Anwar bersedia berjumpa saya salepas dua minggu.

Saya terus menyampaikan aduan yg telah dibuat olih pensyarah ITM serta apa yg telah diarahkan Presiden parti.

Tapi nampaknya Anwar macam tidak berminat ttg apa yg saya perkatakan walaupun pd saya penyelewengan saperti ini adalah satu perlanggaran peraturan dan disiplin parti yg amat serius dan berat serta bolih membinasakan intergriti parti di kacamata ahli dan rakyat!

Akhirnya Anwar memberitahu saya keputusan beliau bahawa kes aduan berkaitan tidak terpakai lagi disebabkan ianya telah melebihi 14 hari iaitu jangkamasa mana2 aduan mesti sampai kpd beliau selaku Pengerusi JK Pentadbiran Umno.

Anwar meminta secara tegas agar tidak lagi memperjuangkan isu ini dan sebarang percubaan tidak akan dilayan…!

Inilah diantara episod trajik di dlm sejarah Umno yg saya lalui….tapi amalan penyelewengan demi penyelewengan saperti ini terus berlaku di dlm parti sehinggalah rakyat menghumban parti ini keluar dari koridor kuasa negara dlm pru14 yg lalu…

JalinLuin.com






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Masa tahun 80-an heboh skandal Rahim Thamby Chik ini. Hingga kes ini di bawa Mahkamah.

    BalasPadam