"Saya tidak tahu bagaimana boleh dapat 138 tanda tangan" - Tun M
LANGKAWI: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kehairanan dan tidak tahu-menahu laporan yang mendakwa 138 Ahli Parlimen telah menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menyokong beliau menerajui negara sehingga habis penggal.
Tegas Dr Mahathir, beliau tidak terlibat sama sekali dengan apa-apa gerakan yang dibuat untuk menggagalkan proses peralihan kuasa.
"Hari ini PH mempunyai majoriti. Macam mana boleh dapat angka 138, itu orang lain punya kerja. Saya tidak tahu mereka boleh buat macam itu... maknanya PH mesti sokonglah dapat angka macam itu.
"Mana boleh tahan... ini press (media) lah. Press seronok sangat Kalau ada kontroversi baru ada cerita.
"Bagi press saya dengan Anwar 'bertumbuk' apa semua lagi seronok cerita. Pemimpin Pakatan buat kenyataan sebab ditanya. Kalau tidak tanya tiada kenyataan," kata Perdana Menteri lagi.
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menyempurnakan majllis pecah tanah Villa Sirehan dan lawatan ke tapak projek Rebungan Resort di Bukit Gaong, di sini pada Jumaat.
Akhbar The Star melaporkan terdapat satu SD yang ditandatangani oleh 138 Ahli Parlimen untuk menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri hingga tamat penggal ini.
Berdasarkan perincian akuan tersebut. 18 daripada Ahli Parlimen yang berbuat demikian merupakan dari parti Pas diikuti 26 (PKR), 26 (Bersatu) dan sekurang-kurangnya 13 Ahli Parlimen UMNO.
MR : Tun hebat menjawab... hari ini kata A esok boleh jadi B, Kalau kata tidak jangan sangkat tidak
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan