Header Ads

ads header

Flash News

Senarai Perkara Pelik di Kelantan yang lama dengan PAS


1. Hub perniagaan di Kelantan 80% adalah milikan orang Melayu. Kau cari ada tak negeri lain macam ni. Karang aku ulas panjang, kau kata rasis.

2. Kuasa beli rakyat Kelantan sangat tinggi. Tak percaya? Tesco Kota Bharu pernah mengutip tunai 1 juta pada hari pertama ia dibuka. Kau jangan pandang lekeh kat pokcik heret lembu pagi-pagi tu. Dalam kilas kain pelekat dia tu, boleh beli cash Benelli TNT135. Tu belum total bawah bantal tidur dia boleh angkat Panigale sebijik secara tunai.

3. Orang Kelantan akan cari daging lembu segar untuk hidangan makan. Bukan sejuk beku di kebanyakan orang negeri lain. Jadi jangan hairan, tengok tepi-tepi jalan orang berkerumun tunggu lembu tergantung daging segar tengah dilapah. Orang Kelantan rajin bela ternakan, jadi sumber daging banyak.

4. Ikan segar yang murah setiap hari senang dibeli di segenap ceruk kampung. Peniaga-peniaga ikan di Kelantan keluar se awal 4 pagi untuk dapat bekalan ikan segar dan dihantar sampai ke kampung-kampung. Kau? Tu beli ikan kt pasaraya segi yg dah merah mata pecah perut? Maju sangat dah beli ikan di supermarket?

5. Jumaat Sabtu hari shopping. Pergi lah ke bandar-bandar utama setiap daerah, akan ada pasar pagi penuh dengan manusia. Pergi ke pasaraya besar, parking penuh. Tu aku jenuh cari parking kat KB Mall tu kalau hari sabtu. Tang mana miskin nya?

6. Kalau di luar, setengahnya kereta mewah boleh dibeli dengan adanya slip gaji. Tapi di Kelantan, rakyatnya mampu juga beli kereta mewah walaupun tanpa slip gaji. Ya, dengan berniaga. Pernah ada sorang aku kenal, niaga goreng pisang tepi jalan, pujuk nak beli Golf Gti tu dengan cash. Maksudnya apa? Dia ada tunai yang banyak. Celah mana rakyat Kelantan di sapu bersih sebagai miskinnya??

7. Aku dengki wei. Cikgu-cikgu di Kelantan mampu bina banglo mewah atas bidang tanah yang boleh buat swimming pool. Di KL, cikgu boleh beli rumah jenis apa sekarang? Nung merak di kayangan, appartment yang selesa pun susah nak dapat sekarang.

8. Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra adalah airport kedua tersibuk di Malaysia. Sebanyak 45 penerbangan sehari sehingga 65 penerbangan dosmestik sehari di musim perayaan. Gilo! Miskin lagi ko tara ni?

Takkan lah nak kena ada pusat perjudian atas Lojing nung baru boleh dikatakan maju?

Kawan-kawan yang bukan orang Kelantan, sila bertandang ke sini barang 3-4 hari. Aku bawa korang kenali mana maju mundurnya Kelantan. Mai aku belanja sup kepala ikan Pok Mat Pulau Pisang.

FB
Mohamad Fathoni Mohamad


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. kecek besa ada hasil.buke bodoh macam PAN,hisap rokok kena denda,mentekedarah arak langgar mati orangpun ok lagi

    BalasPadam
  2. Teruskan usaha yg lebih gigih membina bangsa melayu Islam yang baik. Sedarkan mereka yg masih hanyut dengan dadah dan maksiat Walaupun segelintir sahaja tetapi menampakkan ketrampilan yg negatif. Itulah yg diperbesarkan orang.

    BalasPadam
  3. Tahniah dan syabas kepada kerajaan PAS Dan rakyat Melayu Kelantan dan Terengganu kerana berjaya menguasai ekonomi di Kelantan dan Terengganu.

    Cuba orang ramai fikir siapa Yang kuasai ekonomi di negeri-negeri pantai barat Semenanjung Tanah Melayu ? Cina atau Melayu ? Cuba jawab dengan jujur !

    BalasPadam
  4. Orang Melayu mendabik dada kononnya negeri mereka di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu konon negeri mereka maju tetapi pernahkah mereka berfikir siapakah yang maju dalam bidang ekonomi dan menjadi kaya raya di negeri mereka jika bukan orang Cina ?

    Bahkan kaum pendatang telah menguasai kuasa politik di negeri mereka.

    Kesimpulan: Orang Melayu menang sorak , kampung terhadap. Sedarlah kaum Melayu dan bangkitlah dari tidur Dan kembalilah kepada Islam Dan bersatu padu menubuhkan kerajaan Melayu Islam yang boleh membela hak Islam dan hak umat Islam.

    BalasPadam
  5. anok2 dare comey2 blake......heheh

    BalasPadam