Header Ads

ads header

Flash News

Seorang pelajar lelaki tingkatan 4 cedera di mata terkena anak panah


SUNGAI PETANI, 8 Feb - Seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di Gurun, Kedah mengalami pengalaman mengerikan apabila sebatang anak panah tertusuk di bahagian mata kirinya, menembusi sehingga ke telinga dalam kejadian petang semalam.

Kejadian berlaku semasa pelajar itu bersama tiga rakannya yang terdiri daripada dua pelajar perempuan Tingkatan 4 dan seorang pelajar lelaki Tingkatan 5 sedang menjalani latihan memanah sebagai persiapan untuk kejohanan Majlis Sukan Sekolah Kedah, MSSK.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah dalam satu kenyataan berkata pelajar itu dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, dan pihak hospital berjaya mengeluarkan anak panah tersebut daripada matanya.

Keadaan mangsa dilaporkan stabil.


MR :  Banyak tugas guru, jangan lalai, kemalangan boleh berlaku bila-bila masa...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan