Header Ads

ads header

Flash News

Tanda tanya tercapaikah cita-cita Anwar


JIKA anda pun menunggu lebih 20 tahun untuk menjadi Perdana Menteri, masuk keluar penjara dalam tempoh itu, sudah pasti anda pun gelabah dan goyang seperti Anwar Ibrahim apabila berhadapan dengan isu peralihan kuasa yang kini menjadi isu paling sensasi dalam negara.

Anwar perlukan kepastian. Beliau tidak percayakan sesiapa yang lain tetapi beliau sendiri bergegas berjumpa Tun petang semalam untuk dapatkan kepastian.

Sebenarnya sepanjang hampir 2 tahun kebelakangan ini telah berkali-kali Tun beri jaminan namun Anwar terus diselubungi kebimbangan, risau untuk ke sekian kalinya beliau akan terlepas lagi cita-citanya untuk menjawat jawatan PM.

Tanpa ada lagi segan silu atau menjunjung mana-mana budaya Anwar terus isytihar yang dalam pertemuannya dengan Tun semalam telah ditegaskan bahawa Muafakat PH yang dimeterai pada 7 Januari 2018, menyokong kepimpinan Tun selaku Perdana Menteri Ke-7 dan beliau sebagai Perdana Menteri Ke-8.

Kononnya menurut Anwar dalam pertemuan itu Tun memberi jaminan tidak terlibat dalam usaha untuk mengekalkan kuasanya sebagai PM hingga hujung penggal malah Tun mengulangi kenyataan tegas bahawa beliau akan melepaskan jawatan seperti yang telah dijanjikan. Bolehkah Anwar tidur lena malam dengan jaminan Tun itu?

PAS dan blok pembangkang kelihatan serius mahu membawa Usul Percaya pada Tun apabila Dewan Rakyat bersidang awal Mac nanti, usaha ini Anwar lekehkan dan pandang rendah dan dengan pertemuannya dengan Tun petang tadi Anwar mahu gambarkan semuanya telah selesai beliau kekal dan tetap akan jadi PM ke-8.

Ramai melihat Anwar begitu terdesak kerana cabaran terhadap tuntutannya untuk jadi PM ke-8 semakin sengit dan ‘real’ termasuk sebenarnya dari orang-orangnya sendiri dalam PKR.

Kata NST hari semalam sesuatu yang besar bakal berlaku minggu hadapan. Sama-samalah kita tunggu.

Cuma sekadar mengimbau kembali tahun 1998 dulu ketika Tun menafikan bermasalah dengan Timbalannya ketika itu. Selang beberapa hari Anwar tersingkir, dipecat dan malah dipenjara.

Apakah berbuah lagi pisang kali kedua? Inilah yang menghantui Anwar sebenarnya.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR HARAKAHDAILY 14/2/2020



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Mampos la ko bang non,,menunggu smpi merepot
    Mne penyokong pkr mate dajal,,,dlm gue ker...puihhhh

    BalasPadam
  2. Mampos la ko bang non,,menunggu smpi merepot
    Mne penyokong pkr mate dajal,,,dlm gue ker...puihhhh

    BalasPadam