Header Ads

ads header

Flash News

Tenggiling mungkin jadi agen penyebar coronavirus - penyelidik


BEIJING: Penularan wabak maut coronavirus di China mungkin disebarkan melalui kelawar kepada manusia, menerusi pemerdagangan haram tenggiling, iaitu satu-satunya mamalia bersisik di dunia yang menjadi buruan di Asia untuk jadikan makanan dan bahan ubatan.

Tenggiling adalah antara haiwan liar yang paling kerap diperdagangkan walaupun tertakluk kepada undang-undang antarabangsa kerana dagingnya dianggap sebagai juadah eksotik dan mewah di beberapa negara termasuk China, manakala sisiknya pula digunakan dalam kaedah perubatan tradisional, kata Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF).

“Penemuan terbaharu ini akan menjadi bahan terpenting untuk mencegah dan mengawal punca virus,” kata Universiti Pertanian Selatan China yang mengetuai penyelidikan itu di laman sesawang mereka.

Penularan wabak coronavirus sehingga kini sudah meragut 636 nyawa di China, dan dipercayai bermula di pasar menjual pelbagai hidupan liar di Wuhan, dalam wilayah Hubei.

Pakar kesihatan berpendapat, virus berkenaan berasal dari kelawar dan dipindahkan kepada manusia menerusi satu lagi spesies haiwan.

Profesor Jabatan Perubatan Veterinar dari Universiti City Hong Kong, Dirk Pfeiffer bagaimanapun memberi amaran, kajian itu masih terlalu awal untuk mengesahkan bahawa tenggiling adalah sumber pemindahan virus berkenaan.

“Anda hanya boleh mendapatkan rumusan yang lebih tepat jika membuat perbandingan penularan coronavirus membabitkan spesies berbeza berdasarkan sampel diambil,” katanya. - Reuters

MR :  Nampaknya kelawar kena menyorot dalam gua semula!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan