Terkini: GPS mahu jumpa Najib
BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bergegas meninggalkan perjumpaan Ahli Parlimen Pas dan BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini dipercayai untuk bertemu dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di sebuah lokasi lain di ibu negara.
Difahamkan ia adalah permintaan GPS untuk berbincang dengan Ahli Parlimen Pekan itu mengenai gabungan bagi membentuk kerajaan baharu.
Sumber berkata, permintaan khas GPS memandangkan Najib adalah ‘bos’ lama ketika menerajui kerajaan sebelum ini.
Ketika ini masih berlangsung pertemuan antara Ahli Parlimen BN dan PAS di PWTC.
Sumber turut menyebut, pimpinan kedua-dua parti sedang merangka akuan bersumpah sebagai tanda bersetuju membentuk gabungan kerajaan baharu dalam waktu terdekat.
“GPS minta untuk bincang dan mereka mahu berbincang dengan Datuk Seri Najib.
“Tunggulah esok jam 10 pagi. Kalau selesai semuanya, kerajaan baharu akan dibentuk. Sekarang terlalu banyak spekulasi,” katanya.
Sementara itu, Najib ketika ditemui media enggan mengulas lanjut mengenai perjumpaan di PWTC.
“Saya tak boleh komen,” katanya.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan