Header Ads

ads header

Flash News

Terus sokong PM, fokus kukuhkan ekonomi - Azmin


KUALA LUMPUR: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mengajak rakyat memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memimpin dan membangunkan ekonomi negara.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR, mahu semua pihak menghentikan permainan politik yang dianggap tidak mendatangkan faedah buat rakyat dan negara.

Ketika kedudukan ekonomi semakin mencabar berikutan penyebaran coronavirus (COVID-19) termasuk di Malaysia, Mohamed Azmin berkata, tumpuan perlu diberi kepada pengukuhan ekonomi domestik.

“Kita kena tumpukan sepenuh perhatian untuk membangunkan negara, memberi tumpuan khusus kepada (pelaksanaan) ekonomi (yang) lebih rancak.

“Hentikan politik berpanjangan. Malaysia terlalu banyak politik. Saban hari bercakap pasal politik. Kita berikan sokongan kuat kepada Dr Mahathir untuk memimpin negara, memimpin ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Ampang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Antarabangsa di sini, malam ini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Ampang yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Menjelang persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) November ini, Mohamed Azmin berkata, Malaysia perlu tampil sebagai negara yang memiliki ekonomi kukuh.

“Apabila berlangsung persidangan APEC, Malaysia dapat muncul negara ekonomi yang mampu bersaing di peringkat global,” katanya.

Menyentuh pakej rangsangan ekonomi yang akan diumum kerajaan susulan COVID-19, beliau yakin usaha itu akan berjaya terutama dalam menjamin ekonomi lebih mampan.

Beliau berkata, jika COVID-19 terus berpanjangan, ia sudah pasti memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara terutama terhadap industri pelancongan, penerbangan dan logistik.

“Ia (COVID-19) akan memberi kesan kepada industri pelancongan, hotel, syarikat penerbangan, logistik dan pengangkutan.

“Kalau tidak ditangani secara bijaksana, ekonomi akan bertambah buruk. Kerajaan sudah merangka pakej rangsangan ekonomi bagi memastikan suntikan dana tambahan dapat menjamin aliran tunai yang lebih baik kepada sektor baharu.

“Percayalah usaha ini akan berjaya jika dapat sokongan kuat rakyat dan masyarakat perniagaan,” katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Tiada isu kena sokong PM, Tun M. Majoriti rakyat dah pilih PH untuk memerintah.

    Dan majoriti parti-parti dalam PH dah pilih Tun M sebagai PM, maka kita semua wajib sokong.

    Jika tidak, nak sokong siapa lagi? Tak kan nak sokong BN atau UMNO lagi. Boleh sokong pembangkang, tapi masa undi PRU-15.

    Komen politik banyak2 bukan ada faedah. Bak kata pepatah Cina: "bercakap tidak akan menyebabkan nasi masak"

    BalasPadam