Teruskan Berdoa Dan Tenang Bersama Keputusan Pimpinan
1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) meminta semua ahli PAS untuk terus berada dalam keadaan berzikir dan bermunajat kepada Allah SWT agar diberikan kesudahan yang baik kepada Islam, ummah dan negara di saat Malaysia kini teruji . Di samping itu, ahli PAS hendaklah terus memastikan meletakkan kepercayaan dan tenang dengan segala keputusan yang dibuat oleh pimpinan dalam kemelut melanda negara ini.
Ambillah pengajaran dari pesanan Rasulullah SAW kepada kumpulan pemanah yang diposisikan di atas Bukit Uhud :
إِنْ رَأَيْتُمُونَا تَخْطَفُنَا الطَّيْرُ فَلَا تَبْرَحُوا مَكَانَكُمْ هَذَا حَتَّى أُرْسِلَ إِلَيْكُمْ وَإِنْ رَأَيْتُمُونَا هَزَمْنَا الْقَوْمَ وَأَوْطَأْنَاهُمْ فَلَا تَبْرَحُوا حَتَّى أُرْسِلَ إِلَيْكُمْ
“Apabila kalian melihat kami disambar oleh burung (menderita kekalahan) maka janganlah kalian meninggalkan posisi kalian, sampai aku mengutus seseorang kepada kalian. Dan apabila kalian melihat kami berhasil mengalahkan mereka, maka janganlah kalian meninggalkan posisi kalian sampai aku mengutus seseorang kepada kalian.” – riwayat al-Bukhari
2. DUPP menyeru sekali lagi agar setiap ahli sama ada di peringkat akar umbi mahupun pimpinan PAS untuk terus melaksanakan solat hajat dan bermunajat kepada Allah secara harian supaya disatukan hati-hati pemimpin Islam dan diberikan kemenangan kepada jemaah Islam.
DUPP juga mengharapkan agar kemelut negara ini diselesaikan dengan segera dan memberikan kebaikan dengan perubahan yang telah berlaku ini.
Sekian.
YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
25 Feb 2020 | 1Rejab 1441 H
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Tiada ulasan