Header Ads

ads header

Flash News

Tugas Politik


Tugas orang politik ialah memperkukuhkan kedudukan politiknya. Biarpun pada permulaan dia dijemput ke dalam politik, misalnya kerana ketokohan dan kelayakannya dia dijemput dan diberi peluang bertanding di dalam sesuatu parti dan menang, atau memang dari awal dia struggle berusaha untuk mendapat kedudukan di dalam parti, akhirnya ia mendapat peluang dan bertanding dan menang di dalam pilihanraya.

Orang  seperti ini selepas dijemput atau mendapat tempat dengan usaha bersungguhnya dan mendapat kedudukan dalam parti, maka langkah seterusnya dia mesti berusaha bagi  mengukuhkan kedudukannya di dalam parti bagi mengekalkan, bahkan meningkatkan kedudukannya di dalam parti.. Amat jarang mereka yang sudah menang dan mendapat tempat di dalam parti, tidak minat meneruskan kerjaya dan tidak bersemangat di dalam khidmat (berlaku kepada seorang ADUN kerusi Balakong yang sudah menang dan meninggalkan kerjaya politiknya, kerana bosan dengan karinah politik.)
Bagi mempertahankan karier di dalam politik, mungkin dilaluinya secara jujur dan dia meningkat dengan kedudukannya, tetapi tidak jarang yang bertindak secara tidak jujur dan menggunakan berbagai tektik kotor menghalang orang yang layak dari mendapat peluang meningkat ke peringkat yang lebih atas.

Sikap yang mau menyekat mereka yang layak, menyebabkan berlaku kebekuan di dalam parti dan mereka yang ada yang menyekat peluang orang lain menyebab parti tidak berkembang dan berada di dalam keadaan jumud.
Pada kebiasaan seorang yang mendapat kemenangan di dalam katakan pilihanraya akan berusaha untuk memenangi  pimpinan parti,khususnya pada peringkat  awal pimpinan bagi lawasan yang dia menjadi Wakil Rakyat. Ianya menurut cara yang jujur. Bermaksud dengan kemenangannya di dalanm pilihanraya, maka dia dilihat layak memimpin  parti bagi tempatnya dan seterusnya kepada peingkat yang lebih tinggi, jika dia dilihat benar-benar layak dan berkemampuan
Tugas seseorang yang memenangi pilihanraya dan belum mempunyai kedudukan di dalam parti  bertanding bagi mendapat kedudukan dalam parti, misalnya sebagai ketua cawangan atau kawasan yang ia menang. Biasanya bila seorang yang sudah menang lebih mudah mendapat sokongan dari kawasannya untuk bertanding bagi kedudukan di dalam jawatan parti. Kalau dia tidak dicalonkan bagi sebarag jawatan parti sekurang-kurangnya bagi kawasannya, bererti ia tidak berkelayakan dan lebih baik jangan bergiat di dalam parti. Biasanya dia diberi jawatan sebagai Ketua Cawangan, bahkan ketua kawasan.
Kerja politik bukan kerja berseorangan. Dia adalah kerja berorganisasi. Tidak mungkin orang politik kerja berseorangan. Kalau dia menjadi calon bebas perlu kepada pembantu, walaupum dengan bebasnya tidak mngkin bertahan lama, Sebab itu bergerak atas parti bebas adalah sukar mendapat kemenangan, kecuali mereka berkenaan seorang yang popular dan mendapat  sokongan.
Tugas terawal  calon yang memenangi  pilihanraya ialah berusaha memperbaiki cawangan yang diwakilinya dengan  mencari peluang untuk dilantik menjadi Ketua Cawangan, atau kalau mungkin kelak kelak Ketua Kawasan yang memungkinkan dia meningkat kepada peringkat negeri dan Pusat.
Walau apa pun memperkukuhkan kedudukan pada peringkat cawangan yang diwakilinya adalah  penting sebagai asas bagi meningkat kepada peringkat yang lebih tinggi.
Sekian.



MR :  Tulisan ini sesuai untuk parti PAS rasa tidak untuk PKR dan BERSATU


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan