Header Ads

ads header

Flash News

Tujuh sebab kerajaan PH runtuh


DENGAN peletakan jawatan Tun Dr Mahathir selaku PM, maka secara automatik terbubarnya Kabinet di kalangan Menteri dan Timbalan Menteri sebagaimana yang diperkenankan oleh KDYMM SPB Yang Di Pertuan Agong.

Secara mudahnya kenapa Kerajaan PH runtuh?

1. Perebutan kuasa kerusi Perdana Menteri secara berterusan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penyandangnya Dr Mahathir.

2. Perbalahan besar antara parti-parti politik dalam PH terutamanya antara Bersatu dengan PKR, DAP dan Amanah.

3. Persengketaan dalaman PKR antara kumpulan Anwar dan kumpulan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hingga keluar video yang memualkan.

4. Tekanan berterusan pihak DAP, PKR dan Amanah ke atas Tun Mahathir untuk serahkan kuasa PM kepada Anwar sehingga kemuncak perbalahannya dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada hari Jumaat lepas 21 Februari 2020.

5. Rentetan daripada perbalahan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH, Bersatu mengadakan Mesyuarat khas tergempar pada hari Ahad 23 Februari 2020 untuk membuat keputusan sama ada terus kekal dalam PH ataupun sebaliknya.

6. PPBM secara rasminya membuat pengumuman keluar daripada PH, diikuti Azmin Ali bersama 11 Ahli Parlimen PKR pada hari Isnin 24 Februari 2020.

7. Akibat tekanan dan pertelingkahan berterusan maka akhirnya Tun Mahathir mengumumkan peletakan jawatan selaku PM pada hari Isnin 24 Februari 2020, yang kesannya terbubarlah Kabinet dan Kerajaan PH setelah 21 bulan berkuasa!

Cukup-cukuplah menyalahkan Muafakat Nasional (UMNO ataupun Pas) atas kelemahan dan konflik dalaman PH!

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan