Header Ads

ads header

Flash News

UMNO, PAS Kerah Jentera Pilihan Raya



KUALA LUMPUR – UMNO dan PAS mengerahkan jentera di seluruh negara untuk menggerakkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mengumumkan keputusan itu, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata langkah berkenaan selari pendirian Muafakat Nasional supaya mandat diberi kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.

“Ibu pejabat parti sudah keluarkan arahan untuk jentera PRU di semua peringkat bersiap-siaga, selari keputusan kita memohon Parlimen dibubarkan.

“Walaupun tidak tahu apa keputusan Istana Negara, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) buat percaturan supaya semua bersiap sedia.

“Kita juga beri garis panduan mekanisme kerjasama dalam Muafakat Nasional bagi berdepan PRU-15,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat khas membabitkan kepemimpinan UMNO di seluruh negara, hari ini.

Kelmarin, UMNO dan PAS dilaporkan mencapai kesepakatan supaya Parlimen dibubarkan, dengan syor berkenaan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah.

Syor berkenaan disifatkan sebagai keadilan terbaik bagi sistem demokrasi, sekali gus menyaksikan keperluan mengembalikan mandat kepada rakyat bagi menyelesaikan kemelut politik melanda negara ketika ini.

Mengulas perkembangan di Johor, Annuar berkata, sebarang keputusan kerajaan negeri menerusi institusi diraja berhubung pertukaran tampuk pemerintahan wajar dihormati.

“Tiada komen, kita mesti hormati,” katanya ringkas mengulas langkah gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan UMNO untuk membentuk kerajaan perpaduan selepas meraih majoriti 28 kerusi, serta mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. – BH Online

MR :  Logo atas tu dulu dibina oleh cybertropper PH konon PAS-UMNO nak UG.... Kini logo itu menjadi gambar untuk nak siar artikel PAS-UMNO...Terima kasih RBA DAP!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan