Kejam, zalim dan tiada perikemanusiaan! Seekor kucing telah dijumpai mati akibat perbuatan zalim manusia yang sanggup memotong keempat kaki, tangan dan muncung kucing.

Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menawarkan ganjaran wang tunai RM5,000 kepada saksi atau individu yang menyalurkan maklumat lengkap berhubung kes ini.

Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, pelaku yang membunuh kucing itu tergamak memotong keempat-empat kaki dan mulut sehingga haiwan berkenaan mati.
“Bangkai kucing malang itu ditemui berhampiran sebuah bengkel yang
kita tidak dapat dedahkan lokasinya buat masa ini.
Animal Malaysia mohon dan merayu saksi kejadian yang tahu hal ini
supaya tampil menghubungi persatuan untuk menyalurkan
maklumat lengkap.”
Menurut Arie, penyaluran maklumat itu diharap membantu pihak berkuasa untuk menangkap pelaku supaya didakwa dan dijatuhkan hukuman di mahkamah.
“Saksi atau pengadu tidak perlu khuatir kerana kerahsiaan mereka dijamin
sepenuhnya dan diharap ada yang tampil memberi kerjasama.
Maklumat boleh disalurkan kepada persatuan menerusi
Whatsapp di talian 011-20901097.”