Header Ads

ads header

Flash News

12 petugas KKM dijangkiti COVID-19, seorang kini dalam ICU - KP Kesihatan



PUTRAJAYA: Seramai 12 petugas dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah disahkan mengidap wabak COVID-19, di mana salah seorang daripada mereka sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Selain itu, beliau berkata, tiga lagi petugas kesihatan dari sektor swasta turut dijangkiti wabak itu, yang sehingga kini telah meragut dua nyawa di negara ini.

“Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan medan perang ini.

“Pesanan ringkas kami kepada orang ramai pada hari ini: Bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebook beliau.
 
Sehingga 12 tengah hari semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Sebanyak 110 kes baharu positif COVID-19 dicatatkan,  63 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling manakala 47 kes lagi adalah dari kluster kecil.

Beliau berkata, penambahan kes jangkitan itu menjadikan jumlah kes positif  COVID-19 adalah sebanyak 900 kes.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan