Header Ads

ads header

Flash News

27 ahli PKR dipecat, keluar parti


KUALA LUMPUR, 12 Mac ― Sehingga kini, sebanyak 27 ahli PKR telah dipecat atau keluar parti susulan isu politik yang menyebabkan pertukaran kerajaan, kata Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata mereka termasuk bekas Timbalan Presiden parti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presiden Zuraida Kamaruddin yang dipecat pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) 24 Februari lepas.

“Dua lagi anggota dibuang (daripada parti) pada mesyuarat MPP 1 Mac dan lain-lain anggota menerusi bukti yang dikumpul di media sosial, rakaman video, pengumuman media dan lain-lain lagi.

“Empat orang lagi anggota akan diproses pembuangan mereka daripada daftar keanggotaan parti dalam masa yang terdekat berdasarkan sumber-sumber bukti yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya PKR telah meluluskan 12,896 orang anggota baharu antara 1 Jan sehingga 11 Mac dengan negeri Perak mencatat permohonan anggota paling ramai iaitu 3,108, diikuti Selangor (2,352), Sarawak (1,559), Kedah (1,414) dan Johor (959).

Dalam kenyataan berasingan, Nik Nazmi berkata kepimpinan Pakatan Harapan (PH) perlu bermesyuarat dan berbincang susulan beberapa kenyataan terkini oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Pakatan Harapan yang terdiri daripada Keadilan (PKR), Amanah (Parti Amanah Negara) dan DAP perlu bermesyuarat dan berbincang bagi menyatakan pendirian Pakatan Harapan.

“Sebarang pandangan lain tidak mewakili pandangan Keadilan (PKR) dan Pakatan Harapan,” katanya.

Nik Nazmi berkata tumpuan harus diberikan terhadap agenda reformasi dan PH harus kembali kepada semangat yang dibawa Buku Harapan bagi mengangkat nasib rakyat. ― Bernama




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. 13mar2020

    Hari ini mesyuarat Majlis Tertinggi dan biro politik UMNO, dimana semua yang bersuara bersetuju bahawa kerajaan yang ada hanyalah perikatan antara Ahli-Ahli Parlimen dan bukan kerjasama antara parti-parti. UMNO akan terus main peranan semak dan imbang dan menegur kerajaan ini selari dengan kedudukan UMNO sebagai suara hati orang Melayu khususnya. – Khaled Nordin

    Majlis Tertinggi (MT) dan Biro Politik UMNO bersetuju menganggap kerajaan yang ada hari ini adalah perikatan antara ahli parlimen bukan kerjasama antara parti. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia diputuskan dalam kedua-dua mesyuarat yang diadakan hari ini. “UMNO akan terus main peranan semak dan imbang dan menegur kerajaan ini selari dengan kedudukan UMNO sebagai suara hati orang Melayu khususnya,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini. Sebelum itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, MT UMNO hari ini mengemukakan enam tuntutan kepada Kabinet baharu Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurutnya, keenam-enam tuntutan itu demi memenuhi aspirasi rakyat dan memelihara kepentingan agama dan negara.

    Nota Tambahan untuk mudah difaham.
    Jadi untuk makluman semua Perikan Yiddin Nasional nih tiada kena mengena dengan Maufakat Nasional dari segi gabungan kepartian.. cuma ianya belaku yg bersifat individu demi untuk menyelamatkan keadaan dan negara yg berkemunkinan besar dilanda petaka dan bencana politik pemerentan yang besar akibat perbalahan dan kelemahan pakatan harapan (baca pakatan hancing) atau sekarang namanya pakatankuciwa yang mengakibatkan tongkang pecah.
    Oleh yg demikian.. segala kelemahan dan kebodohan menteri2 dan timbalan2 menteri yang bukan dari kalangan anggota Maufakat Nasional adalah samasekali tidakboleh dipertanggujawabkan kepada MaufakatNasional.
    Juga sekiranya mereka yang merupakan menteri2 dan perdana menteri dari pakatanhancing yg kini merupakan pbbm yiddin & co atau perikan yiddin nasional merasa tidak selesa maka sila bubar parlimen bagi membuka jalan untuk pru15 diadakan.

    Peace

    BalasPadam