Header Ads

ads header

Flash News

3,800 jemaah tabligh diburu


KUALA LUMPUR:
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mula memburu baki kira-kira 3,800 jemaah tabligh yang dikenal pasti seluruh negara yang masih belum menjalani ujian saringan COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata polis sudah mempunyai senarai nama lengkap jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling di sini, akhir bulan lalu.

“Lebih 3,800 jemaah tabligh ini bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi terdiri daripada rakyat Rohingya dan pendatang tanpa izin.

“Mereka tidak perlu takut untuk tampil ke hospital menjalani ujian saringan walaupun tidak mempunyai pasport …yang penting mereka dapat diselamatkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan sekatan jalan raya pada penugasan Op Joint Patrol COVID-19 PDRM ATM, di Jalan Ampang, susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan, turut menasihatkan jemaah tabligh terbabit untuk tampil sebelum polis mengesan mereka di kediaman masing-masing.

Setakat hari ini, 14 kematian akibat COVID-19 direkod, dan daripada jumlah itu lapan daripadanya adalah kluster perhimpunan tabligh. - BERNAMA



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan