Header Ads

ads header

Flash News

4 Adun Bersatu sokong PH Selangor lepas jumpa Dr M


Empat Adun Bersatu Selangor hari ini mengumumkan pendirian mereka untuk kekal sebagai penyokong Pakatan Harapan (PH) di negeri itu selepas berunding dan mendapatkan pandangan daripada Dr Mahathir Mohamad.

Perkara itu diumumkan dalam satu sidang media khas dihadiri Adun Kuang, Sallehuddin Amiruddin; Adun Jeram, Mohd Shaid Rosli; dan Adun Batang Kali, Harumaini Omar.

Seorang lagi Adun yang mengambil pendirian sama ialah Adhif Syan Abdullah (Dengkil) tetapi tidak hadir pada sidang media petang tadi.

Untuk rekod, Bersatu memenangi lima kerusi di DUN Selangor hasil PRU14 dua tahun lalu. Satu lagi kerusi mereka ialah Selat Kelang yang dimenangi Pengerusi Bersatu Selangor, Abdul Rashid Asari.

Pengumuman petang tadi dibuat hanya beberapa jam selepas Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, mengumumkan kesemua lima Adun Bersatu dan dua bekas Adun PKR dikeluarkan daripada kerajaan Selangor susulan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di peringkat pusat.

“Terpulang pada pihak kepimpinan PH Selangor untuk menilai kesetiaan atau kebersamaan kami bersama kerajaan negeri,” kata Mohd Shaid dalam sidang media berkenaan.

Sementara itu Sallehuddin berkata, mereka mungkin akan bertemu Amirudin esok bagi membincangkan kedudukan mereka serta kaedah yang boleh diambil untuk bersama kerajaan negeri.

Tak dihubungi pengerusi negeri


Bagaimanaun, kata mereka, di sebalik pendirian berkenaan mereka masih setia bersama Bersatu dan tidak berniat menjadi wakil rakyat bebas.

Bersatu meninggalkan PH pada 24 Feb lalu, sehari selepas Langkah Sheraton yang menyaksikan gerakan menumbangkan kerajaan PH oleh Azmin Ali dan disokong Umno, PAS dan sebahagian besar Bersatu berjaya dilaksanakan.

Bagaimanapun langkah tersebut tidak dipersetujui Mahathir. Sehingga kini Mahathir dan penyokongnya menganggap beliau masih lagi pengerusi parti tersebut.



Ditanya mengenai kedudukan Abdul Rashid, Harumaini menjelaskan Adun terbabit tidak dapat dihubungi.

Malah, kata mereka, sepanjang kemelut dalam Bersatu berlaku, mereka tidak pernah dihubungi, dipanggil berbincang, atau bertukar-tukar pandangan dengan Abdul Rashid.

“Kerana itu kami mengambil keputusan mengadap membuat temu janji bertemu dengan Tun (Mahathir), untuk mendapatkan pandangan beliau dalam urusan dan kedudukan di Selangor,” jelas Salehuddin.

Dalam pertemuan itu, katanya, Mahathir meminta mereka membuat keputusan sendiri.

"Maknanya, terpulang pada kamilah. Jadi keputusan yang kami buat pada petang ini, begitulah dan dipersetujui (bersama),” katanya lagi.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan