Header Ads

ads header

Flash News

500 Ahli Harapan Rakyat Kinabatangan Sertai PAS


KINABATANGAN: Kira-kira 500 bekas ahli Parti Harapan Rakyat Sabah cabang Kinabatangan menyertai PAS pada Jumaat.

Mereka menyatakan hasrat itu kepada Yang Dipertua PAS Kinabatangan, Innah Tuton yang menerima borang kemasukan, yang diserahkan dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Kg Rantau Abang, di sini pada Jumaat.

Bekas Ketua Cabang Harapan Rakyat Kinabatangan, Mustapa Datu Tambuyong berkata, PAS dilihat sebagai parti istiqamah yang memperjuangkan hak rakyat tanpa mengharapkan sebarang jawatan meskipun PAS kini sebahagian daripada kerajaan Malaysia baharu.

“Kami berhasrat untuk membina masyarakat muslim, memperkukuhkan dan meningkatkan syariat dan syiar Islam di Kinabatangan dengan menggunakan pendekatan PAS sesuai dengan kawasan di sini yang majoritinya muslim,” kata Mustapa, yang juga bekas calon Parti Harapan Rakyat Sabah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lepas.

Dalam majlis itu, Innah berkata PAS tiada halangan menerima keahlian mereka kerana ini selari dengan tindakan pimpinan PAS pusat yang telah mengambil langkah menyatukan umat Islam di bawah satu wadah.

“Pada masa sama, PAS tidak melupakan mereka yang bukan Islam kerana PAS mengamalkan konsep adil kepada semua kaum, khususnya di negeri ini yang berbilang kaum dan agama.

“Kami berbesar hati menerima mereka sebagai ahli dan berterima kasih kerana menjadi sebahagian daripada kami. PAS Kinabatangan juga akan membuka cawangan baharu di Kg. Rantau Abang ini, kata Innah.

MR :  PAS mesti mesra rakyat dan membantu rakyat tanpa mengira kaum...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan