Header Ads

ads header

Flash News

828 ditahan hari ke-12 PKP, masih ramai ingkar


KUALA LUMPUR: Seramai 828 individu di ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun pelaksanaan perintah sudah memasuki hari ke-12.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tangkapan itu dilakukan polis ketika melakukan rondaan serta menerusi sekatan jalan raya.

Setakat semalam, PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan 1,520 sekatan jalan raya dan memeriksa 257,287 kenderaan.

"Jika lihat jumlah tangkapan ini semakin meningkat, menunjukkan bahawa polis kini mengambil tindakan lebih tegas berbanding sebelum ini terhadap individu yang ingkar arahan PKP.

"Sasaran kita sebenarnya untuk mengurangkan jumlah tangkapan, namun jumlah yang semakin banyak setiap hari menunjukkan masih ramai rakyat yang tidak patuh pada arahan dikeluarkan," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP di Putrajaya, hari ini.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan