Header Ads

Header ADS

Adun PAS, BN dan DAP Pahang ketepi perbezaan politik, setuju gaji dipotong


PETALING JAYA: Wakil rakyat kerajaan dan pembangkang Pahang hari ini mengetepikan perbezaan politik dalam mendepani penularan wabak Covid-19 yang melanda negara.

Semua Adun PAS, BN dan DAP mencapai kata sepakat supaya gaji mereka sebagai wakil rakyat dipotong bagi membantu rakyat yang kesusahan ketika perintah kawalan pergerakan.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar memaklumkan perkara itu apabila semua wakil parti politik hari ini bersolidariti dengan mengunjungi pejabat Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail bagi menyatakan perkara tersebut.

“Hari ini saya dan rakan-rakan dari Umno dan DAP berkunjung ke Pejabat Menteri Besar Pahang bagi menyatakan persetujuan kami untuk membantu rakyat dalam situasi Covid-19 dengan cara pemotongan gaji Adun.

“Saya mewakili 8 Adun PAS bersetuju untuk pemotongan gaji kami sebanyak 10% selama 3 bulan berturut-turut, diharapkan sumbangan kecil kami ini sedikit sebanyak dapat membantu usaha menyekat penukaran Covid 19.

“Terima kasih dan tahniah juga kepada semua Adun BN dan DAP yang turut sama bersetuju memotong elaun masing-masing bagi tujuan usaha murni ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Sementara itu, Rosli yang juga Adun Tanjung Lumpur ketika dihubungi FMT mengesahkan perkara tersebut sambil berkata, “Pemotongan bermula dari April hingga Jun.”

Beliau turut memaklumkan, BN diwakili Adun Sungai Lembing, Sohaimi Mohamed Shah; Adun Muadzam Shah, Razali Kassim dan Adun Bilut, Lee Chin Cheng mewakili DAP.

Kabinet semalam membuat keputusan gaji 2 bulan perdana menteri, menteri, dan timbalan menteri dipotong dan disalurkan ke Tabung Covid-19.

Tabung itu dilancarkan pada 11 Mac lepas sebagai usaha membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak Covid-19.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.