Header Ads

ads header

Flash News

Adun Umno dakwa 6 Adun PH akan sertai kerajaan baru Perak


IPOH: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Khusairi Abdul Talib mendakwa enam Adun daripada Pakatan Harapan akan menyertai Perikatan Nasional untuk membentuk kerajaan baharu di Perak.

Menurutnya, enam wakil rakyat tersebut adalah lima daripada DAP manakala seorang daripada KeAdilan.

Kenyataan tersebut mengulas dakwaan Adun Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad yang mengatakan Muafakat Nasional berusaha untuk membentuk kerajaan di negeri Perak tanpa melibatkan wakil rakyat Bersatu.

Khusairi berkata, enam wakil rakyat tersebut sudah bersedia untuk meninggalkan parti dan membentu kerajaan baharu bersama Umno, Pas dan Bersatu.

“Tak betul tu YB (Hulu Kinta). Bersatu? Ada… ada… ada…

“Kerajaan PN (Perikatan Nasional) Perak bukan saja akan dibentuk oleh 25 Adun Umno, 3 PAS, 2 Bersatu dan 1 bebas, malah akan disertai oleh 1 PKR dan 5 DAP yang sudah bersedia meninggalkan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam Facebooknya hari ini.

Walaubagaimanapun, kenyataan Adun Slim itu mendapat respon yang negatif yang rata-rata tidak senang dengan penyertaan wakil rakyat daripada DAP.

“DAP jangan percaya..Nga Kor Ming hantar orang dia. Jangan lantik apa-apa jawatan. Perosak dari dalam DAP ni, banyak sandiwara,” kata pemilik akaun Facebook bernama Zul Azmi.

Seorang lagi pemilik akaun Facebook Zabidi Zakaria pula berpandangan, adalah lebih baik Kerajaan Negeri Perak tidak ditukar kerana Muafakat Nasional akan lebih mudah menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan keseluruhan melayu.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan