Header Ads

ads header

Flash News

Anwar ‘liberal’, orang Melayu tidak sokong kata Mahathir


PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu tidak menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim kerana falsafah politik liberal yang dibawanya.

Dalam satu temu bual dengan akhbar Sinar Harian baru-baru ini, beliau berkata, orang Melayu belum bersedia menerima ideologi liberalisme kerana bimbang kedudukan mereka terancam.

“Ini kerana orang Melayu hanya tinggal kuasa politik hari ini,” katanya.

“Dulu sebelum ini Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) keluar parti (Umno) dan tubuh parti Semangat 46. Tetapi itu parti Melayu. Anwar keluar-keluar dia buat parti liberal. Dia nak dapat sokongan daripada DAP maka dia ajak DAP masuk, PAS masuk. Falsafah dia liberal,” katanya, merujuk kepada krisis politik pada 1998 yang menyaksikan Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan keluar Umno.

Ketika ditanya tentang pandangannya mengenai Anwar, Mahathir yang juga ahli Parlimen Langkawi berkata, beliau mempunyai masalah dengan ahli Parlimen Port Dickson itu.

“Saya menghadapi masalah dengan Anwar. Saya mengaku. Semasa saya menjadi presiden Umno, Anwar tersingkir dan dia kena hukuman penjara.

“Bila kita nak lawan dan nak jatuhkan Najib (Razak), saya berpendapat bahawa antara Najib dengan Anwar, saya rasakan Najib lebih bahaya.

“Jadi saya sanggup rujuk kembali dengan Anwar, bahkan saya turut bekerjasama dengan DAP. Kalau tidak kita tidak boleh kalahkan Barisan Nasional (pada pilihan raya umum ke-14),” katanya.

Pada 24 Feb lepas Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri sekali gus menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa di peringkat persekutuan.

Ini mencetuskan krisis politik lebih seminggu sehinggalah presiden PPBM Muhyiddin Yassin dengan sokongan Barisan Nasional (BN), PAS, GPS dan beberapa ahli Parlimen lain dilantik sebagai perdana menteri ke-8 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmnad Shah pada 1 Mac.

Mengikut perjanjian dalam kalangan pemimpin PH sebelum pilihan raya Mei 2018, Mahathir akan menyerahkan kepimpinan kerajaan kepada Anwar pada satu tarikh yang tidak ditentukan.


MR :  Orang Melayu Islam lagi tak suka..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Puak Melayu liberal adalah musuh Islam yang bertopengkan Islam yang berusaha menyesatkan kaum Melayu Islam dengan mempertikai ajaran Al-Quran dan menolak Sunnah.

    Majlis fatwa telah membuat fatwa bahawa liberal adalah ideologi sesat lagi menyesatkan.

    BalasPadam
  2. Kesilapan Dr Mahathir ialah terlalu yakin SPB YDP Agong akan menurut segala kehendak beliau, tetapi Dr Mahathir lupa, sekiranya beliau merasakan diri beliau hebat dalam percaturan politik, Allah SWT adalah Maha Hebat dalam segala-galanya.

    Maha benar apa yang Allah SWT firmankan dalam Al Quran :

    وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

    Mafhumnya :

    "Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu."

    "Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya."

    Surah Al Anfal 30

    BalasPadam
  3. Kmu hanya bolih mrncang tetapi kmu lupa Allah SWT yg mntukan

    BalasPadam