Header Ads

ads header

Flash News

Azmin sah sertai Bersatu


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali secara rasmi telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu berkata, permohonan oleh Azmin dan 10 yang lain untuk menyertai parti itu telah dipersetujui dan diterima dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu.

“Ini adalah pendirian parti,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama di sini hari ini.

Pada 24 Februari lalu, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dipecat oleh parti berkuat kuasa serta-merta.

Selain Mohamed Azmin yang turut menyertai Bersatu ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida, Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Kamaruddin Ja’afar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Ali Biju (Saratok), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau).

Difahamkan seorang lagi Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar akan menjadi ahli bersekutu Bersatu. - Bernama

MR :  Makin besar kerusi kabinet bersatu..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Kerajaan PH tumbang kerana bang non sudah tinggalkan gawang gol untuk naik ke atas menjadi ketua pasukan yang sedang dikemudi oleh tun,apa yang terjadi ialah pemain ph sendiri menjaring gol sendiri bila suasana kelam kabut ...kemudian mereka pula menuduh pemain pas dan umno curi ayam hehe

    BalasPadam